Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Yayasan Zarith Sofiah Sasar...

KUALA LUMPUR - Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor menyasarkan membantu 5,000 pelajar...

Penarikan Statut Rom: Kemenangan...

KUALA LUMPUR – NGO Gabungan Gerak Padu Kebangsaan (GerakPadu) menyifatkan tindakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa...

PKR Belum Muktamad 3...

KUALA LUMPUR : PKR belum memutuskan tuntutan tiga kerusi yang diminta Parti Sosialis...

Isu Di Sebalik Pemindahan...

PETALING JAYA - Keputusan untuk menempatkan 22 orang pegawai tinggi persekutuan daripada pelbagai...

Perkhidmatan Kaunter PLKS Diteruskan – Imigresen

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan pembaharuan pas lawatan kerja sementara (PLKS) di kaunter Jabatan Imigresen (imigresen) akan diteruskan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, kerajaan memutuskan perkara itu sehingga pelan yang lebih komprehensif mengenai urusan itu secara `online’ diselesaikan.

“Pembaharuan PLKS secara `online’ kini memasuki fasa pengujian rintis (pilot test) bagi tempoh lima bulan iaitu dari 1 Mac hingga 31 Julai 2015 selaras dengan hasrat murni untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

“Sehubungan itu, orang ramai dibenarkan berurusan di kaunter imigresen bagi tujuan pembaharuan PLKS tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mustafa bagaimanapun memaklumkan, perkhidmatan pembaharuan PLKS secara `online’ tetap dilaksanakan seperti biasa.


Timbalan Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri Teo Chiang Kok semalam meminta kaunter PLKS di semua Jabatan Imigresen perlu terus dibuka selepas 28 Februari ini.

Ia bagi bagi memberi pilihan kepada majikan untuk melaksanakan proses pembaharuan permit pekerja asing walaupun sistem My E.G Services Berhad (MyEG) dikuatkuasakan sepenuhnya.

Menurut beliau, tindakan mewajibkan majikan menggunakan sistem dalam talian selepas tempoh tersebut dilihat tidak adil dan boleh merumitkan proses itu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori