• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Dipenjara 9 Bulan Kerana Curi Plat Besi MRT

oleh Ahmad Albab
04/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dihukum penjara sembilan bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menceroboh dan mencuri di tapak pembinaan Mass Rapid Transit (MRT), Isnin lepas.

Roslan Amir, 55, didakwa menceroboh kawasan pembinaan MRT Batu 5 1/2, Jalan Cheras di sini dan mencuri satu plat besi di bawah kawalan seorang pekerja pada 7.35 pagi, 2 Feb lepas.

Bagi kesalahan menceroboh, Roslan dihukum penjara empat bulan bermula tarikh dia ditangkap iaitu pada hari kejadian dan bagi pertuduhan mencuri plat besi, dia dihukum penjara lima bulan.

Majistret Nurul Ain Abdul Rahim memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bagi kedua-dua kesalahan itu secara berasingan.

Ketika rayuan, Roslan, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman ringan atas alasan tidak mempunyai wang dan akan dibenarkan mengeluarkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam tempoh 10 hari lagi dan berjanji mahu menggunakan wang itu untuk mengubah hidupnya.

Di mahkamah sama, seorang pekerja penyelenggara pendingin hawa turut dihukum penjara sembilan bulan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki motosikal curi dan gagal menunjukkan kad pengenalan diri ketika ditahan polis hujung bulan lepas.

Y. Cajendran, 29, didakwa memiliki motosikal yang dilaporkan dicuri itu di tepi Jalan Semangat Desa Rejang, Wangsa Maju di sini pada 1.30 pagi, 30 an lepas.

Cajendran turut didakwa gagal menunjukkan kad pengenalan diri ketika diminta berbuat demikian di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Bagi kesalahan mencuri, dia dihukum penjara tujuh bulan dari tarikh dia ditangkap pada 30 Jan manakala bagi kesalahan kedua, dia dihukum penjara dua bulan.

Nurul Ain memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bagi kedua-dua kesalaha tersebut secara berasingan.

Ketika rayuan, tertuduh, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman ringan atas alasan dia yang telah bercerai perlu menyara dua orang anaknya yang masih bersekolah dan ibunya.

Kedua-dua kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. Joy Jothi. – BERNAMA

Tags: Kes CuriPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd