• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Kecewa Projek KIDEX Dibatalkan Kerajaan Selangor

oleh AK-47
17/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDUDUK sekitar Petaling Jaya kecewa apabila kerajaan Negeri Selangor mengumumkan projek Lebuhraya Damansara-Kinrara (KIDEX) dibatalkan kerana pembinaannya dilihat mampu mengurangkan kesesakan trafik.

Seorang penduduk di Jalan Gasing, Ajit Johl, 45, menyifatkan kerajaan negeri tidak prihatin dengan kesusahan penduduk yang terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas setiap hari.

Menurutnya, kerajaan Selangor patut melihat dengan lebih teliti keputusan itu kerana jika ia diteruskan, ia boleh membawa lebih banyak kebaikan kepada rakyat.

BACA – Kerajaan Selangor Umum Batal Projek KIDEX

“Penduduk di sini sudah sengsara dengan kesesakan trafik sejak sekian lama dan jika kerajaan negeri batalkan projek ini, beritahu rakyat apa perancangan lain yang boleh mereka buat untuk bantu menyuraikan kesesakan ini?

“Saya harap menteri besar jangan politikkan pembinaan Kidex ini dan jangan jadikan rakyat sebagai mangsa kerana penduduk di sini amat perlukan jalan alternatif lain,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengumumkan bahawa projek itu dibatalkan kerana syarikat konsesi gagal mematuhi tiga syarat yang ditetapkan kerajaan negeri sebelum ini.

Oleh itu bagi Johl, dia mahu kerajaan Negeri Selangor menyemak semula keputusan membatalkan projek tersebut dan sekiranya wujud cadangan lebih baik daripada pembinaah KIDEX, Mohamed Azmin diminta segera mengemukakannya kepada rakyat.

Bagi Mohamad Rafiq Fazaldin, 59, penantian penambahan jalan alternatif lain di Petaling Jaya sejak 50 tahun lepas, musnah apabila projek Kidex dibatalkan dan beliau menyifatkan kerajaan negeri ‘memandang sepi’ keperitan rakyat yang terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

“Bagi projek Kidex ini, bukan kerajaan negeri perlu keluarkan perbelanjaan pun tetapi risiko terletak pada syarikat konsesi. Jika ada pihak yang bantah Kidex dibina, jangan lalu jalan itu. Biar kami yang tak sanggup hadapi kesesakan ini yang guna,” katanya.

Mohamad Rafiq berkata pembatalan projek Kidex itu akan terus menyusahkan seluruh penduduk di kawasan terlibat terutama golongan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak ke sekolah pada awal pagi.

Dalam pengumuman Mohamed Azmin itu, tiga syarat yang gagal dipatuhi itu ialah penyediaan Penilaian Impak Lalu Lintas yang bebas, Penilaian Impak Sosial dan Penilaian Impak Alam Sekitar.

Selain itu, pemegang konsesi Kidex turut gagal mendedahkan kadar tol sepanjang tempoh konsesi termasuk segala kenaikan tol yang ditetapkan, selain tidak menyatakan anggaran rasmi jumlah tol yang akan dikutip termasuk kadar pulangan kepada pelaburan.

Berita Pembatalan Projek KIDEX Oleh Kerajaan Negeri Selangor

Tags: Kerajaan Selangorprojek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd