• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama” – Kata UMNO Pekan

oleh Mynewshub
09/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama” – Kata UMNO Pekan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Rahimi Abdul Samad menyifatkan pencapaian yang dicanangkan kerajaan semasa ibarat peribahasa “lembu punya susu, sapi dapat nama”.

Menurut beliau, projek yang dirasmikan oleh pemimpin Kerajaan Persekutuan pada hari ini sebenarnya merupakan projek yang dimulakan ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jadi, apa yang mereka buat sekarang, apa yang dimulakan oleh Bossku, mereka yang mendapat nama. Lembu punya susu, sapi dapat nama.

“Contohnya, LRT3 yang dimulakan Bossku. ECRL yang dimulakan Bossku. Sekarang mereka datang cuma merasmikan,” katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial.

Terdahulu, Rahimi yang turun berkempen bagi Barisan Nasional (BN) menyifatkan tindakan Pakatan Harapan (PH) membangkitkan nama Najib sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai sesuatu yang memalukan.

Menurut beliau, perkara itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan PRN Johor kerana Najib sendiri tidak bertanding, manakala isu yang dikaitkan dengannya merupakan isu di peringkat nasional.

Beliau berkata, kempen PRN sepatutnya memberi tumpuan kepada isu-isu negeri dan bukannya membangkitkan individu yang tidak mempunyai kaitan dengan pilihan raya tersebut.

“Tak payah cerita individu yang tak ada kena-mengena dengan PRN. Jadi, mudah cakap, orang kata dah bankrap politik. Tak ada benda yang nak dibahaskan.

“Ataupun, dia tak ada modal, dia merapu. Meraban, kelakar pun ada. Bila meraban itu, dia jem situ, dia tala kepada Bossku,” katanya.

Tambah beliau, tindakan sedemikian tidak wajar ditonjolkan kepada golongan muda kerana melibatkan individu yang tiada kaitan dengan pilihan raya itu sendiri.

“Ibarat kata, awak dah goyang. Awak bahan sahaja apa yang awak rasa boleh menarik perhatian pengundi. Kita banyakkan berdoa,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Rakaman Video: Akaun Media Sosial Friends Of BN

 

Tags: Datuk Rahimi Abdul SamadDatuk Seri Najib Tun RazakLembu Punya Susupakatan harapanPencapaian kerajaanPHprojekRasmiSapi Dapat NamaTimbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“PH Punya Terdesak Sampai Keluarkan Gambar Rosmah”

“PH Punya Terdesak Sampai Keluarkan Gambar Rosmah”

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) dalam keadaan sangat terdesak hingga tergamak menjadikan gambar isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

“Jangan Jadikan Masalah Kami di Selangor Masalah Kamu Juga”

“Jangan Jadikan Masalah Kami di Selangor Masalah Kamu Juga”

09/07/2026
0

SHAH ALAM - Rakyat Johor dinasihati supaya menolak hasrat pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menjadikan negeri itu seperti Selangor. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd