• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda Anak Pegawai Polis Rebah Depan Rumah Ditembak

oleh Ahmad Albab
23/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sungai Siput – Lelaki berusia 28 tahun yang juga anak seorang pegawai polis maut akibat terkena empat das tembakan di depan rumahnya di Taman Tun Sambanthan, Sungai Siput 12.30 tengah malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Suren maut di tempat kejadian akibat terkena tembakan di kepala dan tangan.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada bapa mangsa yang mendakwa mangsa ditembak sebaik keluar daripada kereta setibanya di rumah mereka.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang juga seorang penggangur pulang menaiki kereta berseorangan dan sebaik mahu masuk ke dalam rumah dia ditembak sebelum rebah di bahagian tempat letak kereta.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui lima kelongsong peluru dan dua peluru. Pemeriksaan ke atas mangsa pula terdapat empat kesan tembakan iaitu masing-masing satu di lengan kiri, bahu kanan, pipi kiri dan belakang kepala,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Wan Jamil berkata, pemeriksaan lanjut mendapati dompet mangsa dan dua telefon bimbit tidak diusik.

“Mayat mangsa dihantar ke HRPB (Hospital Raja Permaisuri Bainun) untuk bedah siasat dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=qbjGAOojKuY

Tags: kes bunuhmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd