• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Sosial Maut Dihempap Kontena Ketika Tunggu Bas

oleh Ahmad Albab
12/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) maut dihempap kontena seberat 32 tan ketika menunggu bas di Jalan Air Itam di sini hari ini.

P’ng Yao Hong, 47, yang merupakan pekerja sosial dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Datuk Keramat, di sini ketika kontena itu terbalik menimpa perhentian bas itu pada pukul 3.28 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong Poh Leong Soon berkata pihak bomba dengan bantuan orang awam terpaksa mengeluarkan sebahagian muatan kerangka besi katil bagi memudahkan kerja mengalih dan menyelamat mangsa yang tersepit di bawah kontena.

“Kami juga terpaksa memotong (struktur) perhentian bas kerana kontena itu tersepit pada tiang perhentian bas sebelum ia diangkat menggunakan beg udara dan jek,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan menyelamat mengambil masa selama 45 minit untuk mengeluarkan wanita itu dan dia didapati telah meninggal dunia dalam keadaan tertiarap.

Sementara itu, abang wanita itu, P’ng Yew Seng, 52, berkata beliau mendapat tahu kontena terbabit diletakkan berdekatan perhentian bas itu sejak malam tadi.
“Macam mana mereka boleh letak kontena di situ. Mengapa pihak berkuasa tempatan tidak tunda. Adik saya hanya menunggu bas, kalau kemalangan jalan raya saya boleh terima,” kata ahli perniagaan itu.

Beliau berkata adiknya ialah orang kurang upaya iaitu sebelah kakinya pendek dan dia sering melakukan kerja sukarela.

“Adik saya mungkin tidak sempat melarikan diri ketika kejadian itu berlaku,” katanya. – BERNAMA

Tags: maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd