Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

4,571 Positif Covid-19, 17...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 4,571 kes positif Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah...

Syiah Tiada Hak Sebar...

PETALING JAYA - Di sebalik keterbukaan mufti Pulau Pinang menyokong pengikut Syiah mengamalkan...

Kepada Abang Fadil: Ana...

Pertama kali bertemu empat mata dengan Abang Long Fadil (ALF), saya terpesona dengan...

Program Anwar Di UM...

Program Pidato yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya...

PAS Cabar G-25 Berdebat Isu Hudud

KUALA LUMPUR – PAS menyelar tindakan kumpulan 25 profesional Melayu (G-52) kerana menghina undang-undang Hudud dan mencabar pimpanan kumpulan itu berdebat mengenai hukum Islam tersebut.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Mohd. Nasaie Ismail berkata, kenyataan yang dibuat oleh jurucakap kumpulan itu, Datuk Noor Farida Ariffin berhubung Hudud semalam menghina, bersikap prejudis dan tidak berilmiah.

“Kenyataan beliau bahawa pesalah laku seks kanak-kanak akan berkerumun di Kelantan kerana di sana mereka boleh rogol kanak-kanak atau orang dewasa.

“Sepatutnya beliau berhujah secara rasional dan bukan dengan sentimen yang penuh buruk sangka. Rujukan beliau bahawa pesalah rogol akan mudah terlepas hukuman disebabkan hanya empat saksi diterima dan bukti saintifik ditolak jauh menyimpang daripada maksud sebenar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

G-25 yang terdiri daripada pesara kerajaan dan bekas pemimpin yang berpengaruh sebelum ini pernah menimbulkan kemarahan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) kerana mendakwa dua badan bukan kerajaan (NGO) itu mempolitikkan Islam.

Bercakap dalam sebuah forum ‘Malaysia, Kebebasan Ekonomi dan Globalisasi’ sempena ulang tahun Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) yang kelima semalam, Noor Farida menolak sepenuhnya undang-undang hudud dilaksanakan di negara ini.

Noor Farida dipetik berkata, kaedah undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan di negeri Kelantan masih lemah dalam cara perlaksanaannya dan tidak menggunakan teknologi terkini.


Tegasnya, itu mungkin berlaku kerana mereka menolak kaedah pembuktian saintifik dan sebaliknya menggunakan.

“Jika hudud dilaksanakan di Kelantan, golongan pedofil akan membanjiri Kelantan untuk merogol kanak-kanak di sana… dan tiada tindakan akan dikenakan terhadap mereka,” tegas Noor Farida.

Justeru, Mohd. Nasaie turut menyelar G-25 kerana sering mendakwa mempromosikan Malaysia yang sederhana dan menolak ekstremisme tetapi kenyataan Noor Farida itu menggambarkan beliau yang bersikap ekstrim, emosional dan berlaku tidak adil kepada pihak lain.

Sehubungan itu, beliau mengajak Noor Farida untuk berdialog berkenaan isu hudud dan menggesa jurucakap G-25 itu mengemukakan satu solusi penyelesaian kepada jenayah yang berleluasa dalam negara.

“Jika anda menolak hudud sebagai penyelesaiannya, adakah ada solusi yang lain yang boleh dikemukakan yang terbukti berkesan menjegah jenayah dan beri keadilan kepada semua pihak?,” soalnya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori