• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Akan Bincang Isu Pilihan Raya PBT – Mat Sabu

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan yang diperjuangkan DAP akan dibincangkan dalam mesyuarat PAS pada masa akan datang, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, selepas selesai dibincangkan di peringkat partinya, isu itu akan dibincangkan pula dalam pakatan pembangkang.

“Soal parti memberi pandangan masing-masing itu perkara biasa dalam parti politik,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran gabungan impian Kelantan bagi mengumpul sumbangan untuk membantu mangsa banjir di negeri ini, di sini, malam tadi.

Ketika ditanya tindakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk berdebat berhubung isu pilihan raya PBT itu yang menjadi kemelut antara PAS dan DAP, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu cuba mengelak dengan berkata: “Tak mahu komen apa-apa.”

Akhbar sebelum ini melaporkan Mustafa mencabar Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, bersemuka berikutan dakwaan Lim bahawa beliau (Mustafa) tidak jujur dalam isu pelaksanaan pilihan raya PBT. – BERNAMA

Tags: Mat Sabupakatan rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mat Sabu Boleh Jadi Menteri, Takkan Shahrol Shiro Tak Boleh Jadi Pengajar Sambilan UKM?

Mat Sabu Boleh Jadi Menteri, Takkan Shahrol Shiro Tak Boleh Jadi Pengajar Sambilan UKM?

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail mempersoalkan kritikan terhadap pelantikan pelawak dan penggiat seni...

Bang Mat Turut Tersenyum, Raikan Sepanyol Juara Piala Dunia 2026

Bang Mat Turut Tersenyum, Raikan Sepanyol Juara Piala Dunia 2026

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Kejayaan Sepanyol menjuarai Piala Dunia FIFA 2026 turut mencuri perhatian Mohamad Sabu yang secara terbuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd