• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Timbang Wujud Biro Khas Jaga Kebajikan Kaum Cina, India

oleh Ahmad Albab
28/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang bersedia untuk mempertimbangkan penubuhan Biro Khas bagi Menjaga Kebajikan Kaum Cina dan India di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Katanya perkara itu akan diketengahkan pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri akan datang untuk dibincangkan dan perlu mendapatkan perkenan Sultan Ahmad Shah, sebelum penubuhannya diumumkan secara rasmi.

“Di Pahang kita tidak mempunyai Exco daripada kaum Cina dan India, jadi agak susah untuk kita dalam isu khusus yang melibatkan kaum-kaum ini, termasukperihal berkaitan kebajikan,” katanya.

Adnan berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui di Majlis Perayaan Tahun Baharu Cina 2015 anjuran Gabungan Persatuan-persatuan Tionghua Kuantan di Dewan Sukpa di sini, hari ini.

Walaupun belum mempunyai biro khas, Adnan berkata kebajikan kaum Cina dan India di Pahang tidak pernah diabaikan kerana kerajaan negeri sentiasa berhubung dengan pemimpin daripada kaum berkenaan.

Selain itu, Adnan juga berharap semua rakyat negeri ini untuk memainkan peranan masing-masing memelihara perpaduan dan membangunkan ekonomi negeri dalam keadaan ekonomi yang dijangka mencabar tahun ini.

Bagaimanapun katanya:”Dengan ketibaan Tahun Kambing kali ini, kita harap kedudukan ekonomi juga akan bertambah baik, seperti kepercayaan masyarakat Cina bahawa Tahun Kambing melambangkan keuntungan, perdamaian dan kemakmuran.”

Sementara itu, berkaitan isu Cameron Highlands, Adnan berkata kerja penanaman semula pokok-pokok yang sesuai akan dilakukan selepas operasi penguatkuasaan selesai.

“Pemberian Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada penanam sayur kecil-kecilan yang memang menyara keluarga dengan bertani juga akan diberikan selepas tamat operasi melibatkan tanah yang sesuai sahaja,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kaum
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

10 Jenis Lelaki Yang Perempuan Takkan Jadikan Suami

Next Post

Pesara Kerajaan Cedera, Rugi RM60,000 Dirompak

Related Posts

Kemenangan MCA Muafakat Semua Kaum – Wee Ka Siong

18/11/2019
0

KUALA LUMPUR - MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai tidak akan mencapai...

LHDN Nafi Bentang Sumbangan Cukai Ikut Kaum, Bangsa

27/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menafikan pembentangan kertas putih di Parlimen melibatkan laporan berhubung jumlah...

Next Post

Pesara Kerajaan Cedera, Rugi RM60,000 Dirompak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd