• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Kemboja Perkukuh Kerjasama Dua Hala

oleh Ahmad Albab
23/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Pertahanan Nasional Kemboja hari ini menandatangani Surat Hasrat untuk mengukuhkan kerjasama dua hala dan hubungan bagi kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, surat itu menyatakan bahawa kedua-dua negara bersetuju untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dan hubungan rakyat dengan rakyat melalui kerjasama ketenteraan.
“Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada latihan tentera, pertukaran kakitangan, perkongsian maklumat dan penggunaan kemudahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hari ini, Hishammuddin menghadiri mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Kemboja dan Menteri Pertahanan negara itu Jen Tea Banh di Phnom Penh, Kemboja.
Beliau berkata, oleh kerana terdapat keperluan bagi kerjasama yang berterusan dan efektif demi kepentingan kedua-dua negara, kedua-dua kementerian akan berusaha untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk merealisasikan dan melaksanakan kerjasama Pertahanan antara Malaysia dan Kemboja.
Beliau berkata, semasa mesyuarat dua hala, kedua-dua kementerian juga bersetuju untuk bekerjasama dengan negara-negara Asean yang lain untuk memajukan lagi bidang-bidang tertentu bagi faedah bersama.
Hishammuddin berkata, beliau dan Banh bersetuju bahawa usaha-usaha Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) di rantau ini perlu dikongsi bersama antara semua negara anggota Asean.
Katanya, beliau akan berlepas ke Laos esok untuk mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Leftenan Jeneral Sengnuan Saiyalath. – BERNAMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

10/07/2026
0

RAMALAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin Pakatan Harapan (PH) akan menang sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN Johor tidak sepatutnya dijadikan...

Asyraf Wajdi ‘Sekolahkan’ Caprice, ‘Iqra’ Bukan Surah Tapi Ayat Pertama

Asyraf Wajdi ‘Sekolahkan’ Caprice, ‘Iqra’ Bukan Surah Tapi Ayat Pertama

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegur penyanyi rap dan aktivis, Caprice berhubung soalan agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd