• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Digesa Sedia Kemudahan Untuk Pekerja Ditimpa Musibah Banjir

oleh Ahmad Albab
11/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Majikan di negara ini digesa menyediakan kemudahan rumah dan kemudahan lain sewajarnya kepada pekerja mereka yang terlibat dalam bencana banjir baru-baru ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata penyediaan rumah kepada pekerja tidak kira tempatan atau warga asing perlu bagi meningkatkan produktiviti para pekerja.

“Musibah banjir yang menimpa negara baru-baru ini turut memberi kesan kepada pekerja-pekerja dalam pelbagai sektor dan kementerian berharap para majikan dapat memberi keselesaan kepada pekerja mereka demi menjaga produktiviti tempat mereka bekerja.

“Pada saya majikan tidak akan rugi jika kemudahan yang baik dan selesa disediakan kepada pekerja kerana mereka telah memberi sumbangan kepada syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pasca banjir kepada mangsa banjir kawasan Parlimen Maran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan, di sini Rabu.

Seramai 1,100 orang penerima bantuan menerima wang tunai berjumlah RM500 tiap seorang, barangan keperluan harian serta makanan.

Ismail berkata sebanyak 99 majikan terlibat dalam bencana banjir baru-baru ini di seluruh negara dengan kerugian mencecah RM10.2 juta.

Katanya majikan seharusnya peka dengan keperluan dan kebajikan para pekerja terutama bagi mereka yang ditimpa musibah.

“Majikan boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang jika didapati tidak menyediakan kemudahan dan mengabaikan kebajikan yang sewajarnya kepada para pekerja mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: majikanpekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Majikan diingatkan supaya tidak mengganggu pekerja di luar waktu bekerja susulan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) Setiausaha...

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd