• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konflik Dalaman MIC – Subramaniam Lawan Palanivel

oleh Ahmad Albab
16/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pergeseran dalaman parti MIC sampai ke kemuncaknya apabila Timbalan Presiden, Datuk Seri S. Subramaniam mengumumkan dirinya bakal mencabar Presiden, Datuk Seri G. Palanivel untuk jawatan nombor satu parti.

Pengumuman yang dibuat semalam (Ahad) bakal menyaksikan persaingan semula merebut jawatan itu setelah ia tidak dipertandingkan selama 22 tahun.

[ARTIKEL TERDAHULU: Kritis MIC: Palanivel Gantung 3 Ahli Parti]

“Saya membuat keputusan ini setelah melihat keadaan MIC sebegini, demi kepentingan masyarakat India, anggota parti dan bagi memastikan masa depan parti cerah,”ujarnya semasa membuat pengumuman tersebut selepas menghadiri perjumpaan bersama Ketua Cawangan dan Bahagian di Kuala Lumpur.

Beberapa pemimpin tertinggi parti turut hadir memberi sokongan, antaranya Naib Presiden, Datuk M. Saravanan, Ketua Pemuda, S. Sivaarrajh, Ketua Wanita, M. Mohana dan lebih 2,000 anggota MIC.

Dalam pada itu, Palanivel turut mengesahkan bakal bertanding mempertahankan jawatannya, semalam.

Kali terakhir jawatan tertinggi parti MIC dipertandingkan adalah pada tahun 1993 apabila presiden pada ketika itu, Datuk Seri S. Samy Vellu dicabar oleh ‘Jumbo Maniam’, nama gelaran buat S. Subramaniam.

Menurut Subramaniam, setelah mengambil kira suara akar umbi yang sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Palanivel yang dilihat gagal menyelesaikan isu-isu dalaman MIC, beliau nekad mencabar figura itu. – MYNEWSHUB.CC

Laporan Berita – S. Subramaniam Bakal Cabar G. Palanivel Untuk Jawatan Presiden

https://www.youtube.com/watch?v=Hg5-I7Y7a-8

Tags: Dr S. SubramaniamG.PalanivelMICpolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

PM Anwar Minta Jangan Politikkan UEC Masuk IPTA – ‘Dunia Sekarang Semua Nak Kait Politik’

PM Anwar Minta Jangan Politikkan UEC Masuk IPTA – ‘Dunia Sekarang Semua Nak Kait Politik’

15/05/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan laluan untuk lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd