• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairy Mohon TNB Timbang Turun Tarif Elektrik

oleh Ahmad Albab
05/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) menimbangkan untuk menurunkan tarif elektrik selaras dengan penurunan harga minyak pada masa ini.

Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata demikian dalam status terkini yang dimuat naik dalam laman Facebooknya.

“Pada masa yang sama, mungkin TNB juga perlu pertimbangkan untuk menurunkan tarif elektrik. Sebab hari itu mereka minta Jemaah Menteri naikkan tarif sebab input kos bahan bakar naik. Sekarang dah turun,” katanya.

Dalam status yang sama, Khairy berkata dalam keadaan harga minyak menurun, pengguna harus memainkan peranan dan menekan peniaga untuk menurunkan harga barang.

“Saya rasa mesej yang penting ialah kuasa pengguna. Use your power as consumers (Gunakan kuasa anda sebagai pengguna). Engage with consumer groups and activists (Jalin kerjasama dengan kumpulan dan aktivis pengguna). Name and shame traders that charge exorbitant prices on social media (Siarkan nama dan malukan peniaga yang mengenakan harga tinggi di media sosial),” katanya.

Khairy berkata beliau telah mengarahkan Biro Kualiti Hidup Pemuda UMNO untuk menjalin kerjasama dengan badan bukan kerajaan berkaitan kepenggunaan untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang kuasa mereka sebagai pengguna.

Katanya Pemuda UMNO juga akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengenal pasti kedai-kedai yang menjual barang pada harga yang adil dan berpatutan.

“Kedai-kedai ini akan diiktiraf sebagai ‘fair price shops’ di bawah KPDNKK dan akan dipromosikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinTNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd