• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemelut Padang: PKNS Rujuk Kerajaan Selangor

oleh Ahmad Albab
26/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengemukakan bantahan Gerakan Selamatkan Padang Rakyat (GSPR) ke atas pembangunan padang Kompleks Sukan PKNS di SS7, Kelana Jaya kepada kerajaan negeri.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, langkah itu diambil kerana PKNS prihatin dengan bantahan yang dibuat oleh GSPR tersebut.

“PKNS mengambil maklum berhubung perkara tersebut dan akan membawa isu berkenaan ke peringkat kerajaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

“Sebagai pemaju yang bertanggungjawab, kami akan sentiasa memastikan pembangunan yang dibangunkan adalah untuk kesejahteraan penduduk khususnya dan kepada rakyat Selangor amnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan kemelut membabitkan isu pembangunan padang Kompleks Sukan di SS7 yang mendapat bantahan penduduk tiga tahun lalu memasuki episod baharu.

Pengerusi Gerakan Selamatkan Padang Rakyat (GSPR), Datuk Zul Mukhshar Md. Shaari dipetik mendakwa, pihaknya mendapat tahu ada pemaju telah menghantar permohonan kebenaran merancang kepada PKNS untuk membangunkan projek pembangunan komersial di tapak berkenaan.

Sedangkan dakwa Zul Mukhshar, cadangan membangunkan sebarang projek di tapak itu telah terbatal selepas siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang memutuskan berlaku kecuaian, penyalahgunaan kuasa dan pemalsuan di Jabatan Perancang Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). – myewshub.cc

Tags: Kerajaan SelangorPKNS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

16/03/2023
0

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merekodkan RM60.1 bilion pelaburan membabitkan pelbagai sektor termasuk perkilangan dan perkhidmatan sepanjang tahun lalu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd