Wednesday, May 15, 2024

Creating liberating content

Harapan Skuad Hoki Kebangsaan...

BERAKHIRNYA kemelut antara Konfederasi Hoki Kebangsaan (MHC) dengan penyerang berbisa kebangsaan Faizal Shaari...

Tegak Kepastian Hukum Selesai...

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu mendukung kepastian hukum bagi penyelesaian pertikaian yang berkesan...

Tak Perlu Pungutan Suara...

KOTA KINABALU - Pungutan suara tidak perlu diadakan bagi menentukan bilangan penduduk Sabah...

Lelaki Cedera Di Kaki...

BACHOK: Seorang lelaki cedera pada bahagian kaki selepas dipercayai terkena satu das tembakan...

Kedai Runcit Simpan Bunga Api, Mercun Terbakar

BUTTERWORTH – Sebuah kedai runcit di Pangsapuri Emas di sini, yang menyimpan pelbagai jenis bunga api dipercayai untuk dijual sempena Tahun Baharu Cina, musnah terbakar malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata kebakaran pada 11.31 malam itu turut menyebabkan tiga buah motosikal di hadapan kedai itu terbakar.

Kedai runcit itu, yang terletak di tingkat bawah bangunan lima tingkat itu, dimiliki seorang ahli perniagaan berusia 51 tahun, katanya di sini, hari ini.

“Berdasarkan siasatan, pihak bomba mendapati ada sebuah bilik di kedai runcit itu yang menempatkan pelbagai jenis bunga api dan mercun.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan bomba,” katanya.


Abdul Rahman berkata bomba menyatakan tiga buah rumah yang berada di tingkat atas kedai runcit berkenaan turut mengalami keretakan dan kerosakan kecil akibat kebakaran itu.

“Polis akan memanggil pemilik kedai runcit berkenaan untuk membantu siasatan berhubung penemuan bunga api dan mercun di premis itu,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata sebuah rumah di Jalan Permatang Binjal, di sini musnah terbakar dalam kejadian 1.52 tengah hari ini.

Ketika kejadian, pemilik rumah itu hanya sempat menyelamatkan dirinya sebaik menyedari api merebak dari bahagian dapur rumah kayu dua tingkat itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori