• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

oleh Mohd Arshad
25/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai 150 shots cake” seberat 19 kilogram dijual pada harga antara RM4,000 hingga RM5,000 sekotak.

Gambar yang tular turut memaparkan stok mercun bersaiz besar disimpan dalam jumlah yang banyak di sebuah premis, selain visual produk mercun berlabel 150 shots yang lazimnya dikategorikan sebagai mercun berkuasa tinggi.

Menurut pemerhatian Mynewshub, mercun berskala besar seperti ini bukan sahaja menghasilkan letupan dan bunyi yang kuat, malah berpotensi mendatangkan risiko serius sekiranya dikendalikan tanpa kelulusan, kawalan dan prosedur keselamatan yang ketat.-MYNEWSHUB

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/02/yeefa1988_video_1772007466209.mp4

Di Malaysia, penjualan dan penggunaan mercun tertakluk di bawah peruntukan undang-undang, termasuk keperluan lesen serta kebenaran khusus daripada pihak berkuasa, terutamanya bagi mercun yang berkuasa tinggi atau bersaiz besar.

Orang ramai turut meluahkan kebimbangan sekiranya mercun seperti ini jatuh ke tangan individu tidak bertanggungjawab, sekali gus boleh mengancam keselamatan penduduk sekitar, khususnya di kawasan perumahan padat.

Sehubungan itu, orang awam menggesa pihak berkuasa berkaitan supaya menjalankan siasatan terperinci berhubung status import, lesen penjualan serta pematuhan undang-undang melibatkan mercun berkenaan, bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Tags: Bakar Mercunmercun
Share238Tweet149SendShare

Related Posts

Tiga Cedera Kereta Terjunam Dalam Tali Air

2 Lelaki Ditahan Polis Bakar Mercun Di Tempat Terbuka

09/04/2024
0

Sungai Petani: Dua lelaki ditahan polis untuk membantu siasatan kerana disyaki membakar mercun di tempat terbuka yang boleh membahayakan nyawa...

Hujan Roket Hizbullah Gegar Utara Israel

Pembantu Bengkel Diberkas, Bakar Mercun Tengah Jalan

28/03/2024
4

KUALA LANGAT - Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd