• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kafa Mahu Penyokong Kelantan Bersikap Profesional

oleh Ahmad Albab
21/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mahu semua penyokong The Red Warriors (TRW) bersikap profesional dalam memberi sokongan kepada pasukan Kelantan pada setiap perlawanan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sikap profesional itu termasuk sopan, berdisiplin dan menghormati azan serta lagu Negaraku dan negeri Kelantan sewaktu berada di stadium.

Beliau turut menyeru penyokong TRW menyertai sorakan Ultras Kelantan dalam satu nada satu suara dengan menghafal lirik sorakan untuk menaikkan semangat pasukan itu.

“Kita gegarkan dengan satu nada, satu stadium dan satu suara. Rentak Gomo Kelate Gomo, TRW Marching In dan Barisan Kita antara tiga lirik mudah yang boleh dinyanyikan bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar dalam pada itu memaklumkan Kafa melantik seramai 100 sukarelawan sebagai pemantau dalam setiap perlawanan membabitkan pasukan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV.

Menurutnya, beliau mahukan pengurusan perlawanan yang baik, teratur dan kemas dalam semua aspek termasuk kawalan tiket di pintu masuk stadium, kawalan keselamatan dan protokol serta pengurusan sistem bunyi, `scoreboard’ dan `LED board’. – mynewshub.cc

Tags: Annuar MusaKAFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemuda Anak Pegawai Polis Rebah Depan Rumah Ditembak

Next Post

Annuar Mahu Jumpa PM Bincang Majukan Kelantan

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Next Post

Annuar Mahu Jumpa PM Bincang Majukan Kelantan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd