• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Joko Widodo Selamat Tiba Untuk Lawatan Rasmi Ke Malaysia

oleh AK-47
06/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk lawatan rasminya ke Malaysia yang bermula hari ini sehingga Sabtu.

Beliau yang menaiki pesawat khas Republik Indonesia disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama menteri kabinet dan duta luar negara di Malaysia.

Presiden Indonesia Joko Widodo (empat, dari kiri) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, dari kiri) ketika tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA hari ini untuk lawatan kerja rasmi ke Malaysia. Turut kelihatan di belakang ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden Indonesia Joko Widodo (empat, dari kiri) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, dari kiri) ketika tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA hari ini untuk lawatan kerja rasmi ke Malaysia. Turut kelihatan di belakang ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selepas lagu kebangsaan kedua-dua negara, Negaraku dan Indonesia Raya dimainkan, Joko Widodo atau Jokowi telah menyempurnakan upacara perbarisan kehormat di pekarangan Kompleks Bunga Raya KLIA.

Pada malam ini, Jokowi akan diraikan dalam Majlis Santapan Negara di Istana Negara manakala esok beliau dijadual mengadakan Mesyuarat Terhad dengan Najib diikuti dengan Mesyuarat Delegasi.

Jokowi juga dijadual melawat kilang Proton bagi meninjau peluang kerjasama di antara kedua-dua negara dalam bidang automotif.

050215JokowiLawat_2

Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi ditemani isterinya Iriana Joko Widodo, menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan Indonesia.

Lawatan beliau ke Malaysia ini merupakan lawatan rasmi pertamanya selepas dilantik sebagai Presiden Indonesia pada 20 Oktober lepas menggantikan Susilo Bambang Yudhoyono.

Jumlah perdagangan dua hala kedua negara pada 2013 adalah sebanyak RM61.1 bilion dan untuk tempoh Januari hingga November 2014 adalah RM54.7 bilion.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: IndonesiaJokowi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd