• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gary Steven Berlepas Ke Jerman

oleh Ahmad Albab
08/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain Johor Darul Takzim (JDT), Gary Steven Robbat telah berlepas ke Jerman bagi menjalani latihan bersama pasukan kedua kelab Borussia Dortmund.

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dalam satu kenyataan memberitahu, pemain berusia 22 tahun itu telah berlepas ke negara berkenaan malam tadi dan dijangka berada di sana selama tiga bulan.

“Gary Steven pemain pasukan kebangsaan dan JDT akan memulakan sesi latihannya di Borussia Dortmund. Beliau akan ditempatkan dalam pasukan kedua Borussia Dortmund.

“Beliau bakal menjalani latihan intensif bersama pasukan tersebut selama berada di sana,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut PBNJ, latihan yang bakal dijalani Gary Steven merupakan tindakan tepat untuk membantu memantapkan prestasi pemain tersebut.

Kata kenyataan itu, inisiatif itu juga membawa harapan tinggi untuk melihat perkembangan positif pembangunan bola sepak melalui sistem latihan yang berkualiti.

Gary Steven digantung permainan selama tiga bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana menandatangani perjanjian kontrak pemain dengan JDT pada 21 November 2014 di mana ketika itu dia masih belum dilepaskan FAM.

PBNJ turut didenda RM100,000 dan diberi amaran keras kerana bersalah menandatangani Gary manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) yang turut menandatangani Gary tidak dikenakan hukuman tetapi diberi amaran keras.

FAM turut melarang Gary Steven menjalani latihan bersama JDT menyebabkan PBNJ membuat keputusan menghantar pemain berkenaan ke Jerman bagi menjalani latihan sepanjang tempoh hukuman. – mynewshub.cc

Tags: JDT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab bola sepak, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal mencipta satu lagi detik bersejarah apabila dijadual menentang kelab...

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pusat latihan baharu kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjadi antara pusat latihan bola sepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd