• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diaz Bakal Berhijrah Ke Kelab Brazil – Tunku Ismail

oleh Ahmad Albab
28/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz bakal meninggalkan skuad Harimau Selatan bagi menyertai sebuah kelab bola sepak di Brazil yang berminat untuk membeli pemain kelahiran Argentina itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata JDT berjaya mendapatkan khidmat pemain dari Argentina, Patricio Rodríguez, 24 yang kini beraksi bersama kelab Brazil, Santos FC secara pinjaman bagi menggantikan tempat Diaz.

Baginda yakin bahawa kehadiran Patoricio mampu memperkuatkan cabaran skuad Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

“Saya sangat kagum dengan mutu dan corak permainan yang dimilikinya dan telah memerhatikan beliau semenjak tahun 2013 ketika semasa bermain bersama-sama (pemain antarabangsa Brazil), Neymar,” kata Tunku Ismail menerusi Facebook rasmi pasukan JDT; Johor Southern Tigers, hari ini.

“Saya juga turut merasa bangga kerana kini beliau akan menjadi aset pasukan JDT meskipun tempoh diberikan hanyalah berdasarkan pinjaman. Kami berharap akan dapat membeli beliau sepenuhnya selepas November 2015 kelak,” jelas baginda.

Tunku Ismail berkata pemain muda Argentina itu dijadualkan tiba di Johor pada 14 Mac ini sambil menyatakan ada kejutan apabila jendela perpindahan pemain bagi peringkat kedua dibuka pada April ini.

“Ini merupakan salah satu strategi pemasaran JDT dengan mengambil pemain muda bertaraf antarabangsa dan berharap dapat memberi sumbangan kepada kelab JDT dan semoga tawaran untuk pemain itu sendiri akan bertambah apabila berhijrah suatu hari nanti ke pasukan bola sepak tanah air,” kata baginda.

Untuk rekod, Diaz yang pernah beraksi bersama kelab Lanus di Argentina menyertai pasukan JDT pada 2014. – BERNAMA

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bola keranjang bakal menjadi projek...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd