• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Coli, Panties Merah Laris Sempena Tahun Baharu Cina

oleh
21/02/2015
dalam Gaya Hidup
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA — Warna merah dipandang tinggi sebagai warna beruntungan di seluruh Asia kerana dianggap kononnya dapat mengusir roh jahat dan membawa kemurahan rezeki, menurut kepercayaan sesetengah masyarakat tempatan.

Trend popular ini dapat dilihat di banyak negara antaranya Singapura, apabila kebanyakan orang akan mengenakan baju berwarna merah, malah termasuk pakaian dalam yang berwarna merah, khusus untuk menyambut Tahun Baharu Cina.

Perkara itu diakui pengeluar pakaian dalam terbesar di dunia, Triumph International yang mendedahkan penjualan produk berwarna merah lazimnya meningkat 10 kali ganda pada musim perayaan tersebut di Singapura dan Malaysia.

Stesen terkenal BBC di Singapura melaporkan, penjualan pakaian dalam warna merah oleh syarikat antarabangsa berasal dari Jerman yang diasaskan pada 1886 itu amat laris luar biasa termasuk pada hari kekasih atau disebut Valentine.

“Semua orang ingin memakai pakaian dalam warna merah pada hari pertama Tahun Baharu Cina dan Valentine. Atas faktor itu, kami kena keluar lebih banyak pakaian dalam khas berwarna merah,” kata pengarah Triumph Singapura, Doy Teo.

Ujar beliau, warna merah sering dirrujuk sebagai warna keberuntungan dan ramai pelanggan wanita di Malaysia dan Singapura sanggup berbelanja besar dengan membeli paling pun tidak satu pasang lengkap sebelum tiba hari perayaan tersebut.

“Sudah menjadi tradisi setiap kali tahun baharu tiba, saya harus mengenakan pakaian baharu, termasuk pakaian dalam seksi dan warnanya mesti merah… itu warna yang penuh harapan,” kata seorang pembeli tempatan yang ditemui BBC.

Triumph yang pernah memiliki 33,000 pekerja di seluruh dunia dan kini dijual di 120 negara mula memperkenalkan produk pakaian dalam wanita pada 1922; dengan menguasai lebih 50 peratus pasaran jualan Asia kebanyakannya di Jepun. – Agensi

Tags: colimerahpakaianseluar dalamTriumphWanita
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd