• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ceramah Liwat Bukan Untuk UMNO – Shafie Apdal

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyangkal dakwaan segelintir pihak bahawa sesi ceramah tentang kes liwat Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata tindakan Ketua Pendakwa Raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengadakan ceramah tentang kes itu hanyalah untuk menjelaskan kepada masyarakat situasi sebenar kes
dan ia tiada kaitan dengan agenda politik UMNO.

“Itu tanggapan mereka (pembangkang). Kita sedia tahu pihak mereka mengatakan kes itu satu konspirasi dan jika dibiarkan tanpa penjelasan masyarakat jadi keliru.

“Ceramah itu bukan ada agenda politik pun, ini berkaitan dengan perundangan negara yang mana perundangan negara tidak benarkan (liwat) ini berlaku, sebab itu perlu adanya penjelasan,” katanya selepas menyampaikan sijil tamat latihan kepada 250 belia Institut Usahawan Bumiputera di sini, hari ini.

Muhammad Shafee pada Sabtu, mengadakan siri jelajah dinamakan ‘Sejenak Bersama TS Shafee Abdullah di Permatang Pauh’, bagi menjustifikasikan penghakiman kes liwat II terhadap Anwar.

Siri ceramah itu mendapat kritikan pelbagai pihak kerana ia dilihat sebagai agenda pihak tertentu termasuk UMNO.

Bagaimanapun Muhammad Shafee menjelaskan program anjuran badan bukan kerajaan itu bertujuan memberi penerangan kepada pihak yang menghina mahkamah serta memutarbelitkan fakta berkaitan kes tersebut.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lalu memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk syarikat swasta bagi membuka peluang kepada belia luar bandar mengikuti pelbagai latihan kemahiran di agensi berkenaan.

Beliau berkata menerusi langkah itu, lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi dapat diwujudkan selain menjadikan mereka lebih bernilai di pasaran pekerjaan.

“Golongan belia yang berkemahiran juga berpeluang mengubah nasib dan potensi diri mereka untuk terus bersaing dalam sektor pekerjaan yang kompetitif atau membina perniagaan sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: ceramahLiwat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Mufti Pahang Diarah Beri Penjelasan Kepada SUK Gara-Gara Ceramah Generasi ‘Strawberi”

Timbalan Mufti Pahang Diarah Beri Penjelasan Kepada SUK Gara-Gara Ceramah Generasi ‘Strawberi”

28/10/2026
0

KUANTAN - Timbalan Mufti Pahang, Datuk Dr Badli Shah Alauddin kecewa apabila ceramahnya yang menyentuh isu generasi ‘strawberi’ baru-baru ini...

Ceramah Parti Bersama Terima Sambutan Baik Penduduk – Rafizi

Ceramah Parti Bersama Terima Sambutan Baik Penduduk – Rafizi

26/10/2026
0

MELAKA – Pengasas parti Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli menyifatkan sambutan penduduk Pengkalan Batu terhadap program ceramah Trak Kancil malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd