• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Air Kembali Pulih Di Empat Kawasan – Syabas

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekalan air di beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang, Selangor yang terjejas semalam akibat paras kandungan ammonia dan manganese yang tinggi dalam Sungai Semenyih kembali pulih secara berperingkat hari ini.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, paras kandungan ammonia dan manganese dalam Sungai Semenyih telah menurun ke paras yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Senario itu membolehkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih meningkatkan semula pengeluaran air terawat ke tahap normal mulai pukul 3 pagi hari ini.

“Pengguna hampir di kesemua kawasan terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual itu telah mula mendapat bekalan air secara berperingkat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Priscilla menjelaskan, sebanyak 82 peratus dariapda 459,632 buah rumah di 378 kawasan yang terjejas akibat kejadian itu telah kembali menerima bekalan air bersih sehingga petang ini.

Justeru, beliau menasihati orang ramai melayari laman web www.syabas.com.my dan aplikasi MySYABAS yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar menggunakan Google Playstore dan Appstore bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung gangguan bekalan tersebut. – mynewshub.cc

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

12/10/2026
0

GERIK - Seorang anak muda dari Kampung Bandariang, Gerik, Perak yang sanggup bekerja di kilang demi mengumpul wang untuk melanjutkan...

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Permohonan Perikatan Nasional (PN) bagi mengenepikan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan politik itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd