Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Atlet Angkat Berat Sukma...

ALOR SETAR - Dirundung isu kelewatan pembayaran elaun sejak tahun lepas, menyebabkan atlet...

Esscom Dapat Kerjasama Negara...

KOTA KINABALU - Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Hazani...

Luahan Cinta Negara Menerusi...

KUALA LUMPUR - Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang bakal menjelang 31 Ogos ini,...

PRU15: Pengerusi SPR Tiba...

KUALA LUMPUR : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, tiba...

Azmin Jumpa Anwar ‘Mesyuarat Parti’ Dalam Penjara?

NAMPAK gaya macam ada sesuatu tidak kena dengan layanan ‘luar biasa’ terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak Ketua Pembangkang itu pada 10 Februari lalu dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Jika sebelum ini, rakyat gempar apabila laman sosial heboh bercerita bagaimana anak sulung beliau, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR bebas boleh melawat Anwar pada hari keempat bapanya itu baharu sahaja ‘bermastautin’ di dalam penjara Sungai Buloh.

Pendedahan tidak sengaja portal pembangkang waktu itu kononnya bagi membangkitkan simpati rakyat bahawa Anwar makin kurus dan tidak dapat tidur dek ‘diserang’ nyamuk bertukar jadi kritikan betapa Ketua Umum PKR itu menerima layanan istimewa.

Jabatan Penjara Malaysia yang terkejut dengan ‘kebocoran’ berita lawatan ahli Parlimen Lembah Pantai itu segera membuat pencerahan anggota keluarga banduan boleh melawat tahanan buat kali pertama sekali dalam tempoh empat minggu pertama memasuki penjara.

Suasana kembali tenang sehinggalah pada 24 Februari, hari terakhir beliau masih berstatus ahli Parlimen; tiba-tiba keluarganya mengemukakan rayuan pengampunan diraja sekali gus menyelamatkan Anwar dilucutkan jawatan sebagai wakil rakyat Permatang Pauh.

Itulah permainan licik Anwar apabila beliau menyerahkan surat pemohonan tersebut melalui isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi bagi menagih simpati padahal kepimpinan PKR sebelum itu menegaskan tiada lagi rayuan pengampunan.

Meskipun bertaraf Presiden PKR dan ADUN Kajang, ketiadaan kelibat tokoh pembangkang lain khasnya PKR sendiri menimbulkan spekulasi Anwar sengaja memperguna keluarga sendiri sebagai meraih simpati konon beliau dianiaya sebab konspirasi politik.

Ironi, muslihat Anwar bijak eksploitasi ‘talian hayat’ terakhir untuk elak pilihan raya kecil di kubu kuatnya itu mulai terserlah apabila pada 25 Februari, sekali lagi beliau diizinkan menerima pelawat dan bukan ahli keluarga iaitu kali kedua dalam tempoh 11 hari!

BACA : Anwar Ibrahim Diberi Layanan Sama Seperti Banduan Lain 


Displaying IMG-20150225-WA0002.jpg

Kali ini, Timbalan Presiden PKR dan juga Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dilihat memasuki kompleks penjara Sungai Buloh dengan kenderaan rasmi kerajaan negeri Selangor dipercayai untuk mesyuarat penting dengan Anwar kira-kira pukul 8.50 pagi.

Ironi, kedatangan Azmin pastinya bukan lawatan biasa ‘turun padang’ seorang pemimpin negeri meninjau suasana aktiviti harian banduan yang tentunya diiringi ramai wartawan dan jurugambar pelbagai organisasi tempatan termasuk agensi berita Bernama.

Persoalannya, bagaimana seorang banduan boleh memanggil orang luar untuk mengadakan mesyuarat parti dalam penjara? Apakah penjara kini sudah menjadi tempat bermesyuarat dan bolehkah banduan lain pun turut menikmati layanan yang sama?

Walhal mengikut peraturan standard di bawah Akta Penjara Malaysia, seseorang tahanan waima yang berprofil tinggi sekali pun, apabila baharu masuk penjara hanya boleh diziarahi ahli-ahli keluarganya sekali sahaja dalam tempoh empat minggu pertama.

Sekadar rekod, keluarga Anwar telah pun melawat beliau pada 14 Februari lalu, tetapi bagaimana pula Azmin yang bukan pun anggota keluarga Anwar dapat berjumpa dengan beliau dalam tempoh 11 hari selepas kunjungan pertama keluarganya itu?

Sepatutnya, jika benar Anwar ada integriti dan maruah, lawatan sebegini iaitu kedua dalam masa sebulan; tidak patut dilayan oleh Jabatan Penjara apatah lagi Azmin bukan pun ahli keluarga atau individu yang boleh dipertimbangkan untuk melawat banduan.

Bayangkanlah jika pemimpin BN ditahan di dalam penjara boleh berbuat perkara sama, pembangkang akan bising satu dunia menyelar kerajaan sebagai salah guna kuasa seolah-olah penjara itu bapa dia punya, tetapi apa pula ‘akal’ jika Anwar yang melakukannya!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori