• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASEAN Mampu Tangani Ancaman Kumpulan Militan IS

oleh Ahmad Albab
13/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – ASEAN sebagai sebuah blok mampu menangani ancaman kumpulan militan IS, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata semua 10 negara anggota ASEAN dijangka menyatakan pendirian bersama berhubung ancaman kumpulan militan itu pada pertemuan menteri-menteri pertahanan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2015 pada 15 Mac depan.

“Ancaman IS berbeza dengan keganasan yang terpaksa kita lalui dahulu berhubung kait dengan Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah dan ini fenomena baharu yang terpaksa kita hadapi tetapi ia tidak unik kepada Malaysia.

“Sebagai rantau yang telah diuji dengan pelbagai tragedi seperti kehilangan pesawat dan pertikaian di Laut China Selatan, ancaman IS boleh dihadapi bersama melalui perkongsian maklumat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sesi perbincangan Makmal Tranformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini hari ini.

Hishammuddin berkata buat masa ini, ASEAN adalah rantau yang secara relatifnya masih belum disentuh oleh IS.

Menurutnya Malaysia mempunyai kelebihan berikutan hubungan diplomatik yang baik dengan Amerika Syarikat, China dan negara-negara di Eropah.

“Perkongsian maklumat secara risikan adalah kaedah terbaik dan saya mengesahkan tiada mana-mana pihak yang boleh menyatakan hari ini bahawa mereka tahu formula terbaik untuk berhadapan dengan IS,” katanya.

ASEAN dianggotai Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand, Singapura dan Vietnam. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seei Anwar Ibrahim menzahirkan luahan hati muhasabah diri menerusi hantaran di media sosial hari...

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

22/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan barisan artis antarabangsa yang bakal memeriahkan sambutan kejuaraan ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd