• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Jawa Tanding Calon Presiden Negara Kecil Surinam

oleh
18/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Jika sebelum ini, Indonesia berbangga dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kerana beliau semasa kecil pernah dibesarkan dan ada keluarga tiri di negara tersebut, kali ini republik itu bermegah dengan satu lagi pencapaian hebat.

Ini kerana salah seorang calon presiden Surinam, sebuah negara kecil di benua Amerika Selatan, Raymond Sapoen mengesahkan keturunan beliau memang berasal dari pulau Jawa, malah berbangga mempunyai ramai saudara mara di Indonesia sehingga kini.

Stesen BBC melaporkan, Sapoen yang lahir pada 25 Oktober 1967, berasa gembira mendapat inspirasi susulan perhatian rakyat Indonesia apabila media tempatan mendedahkan nenek moyang beliau ialah hamba abdi dari Jawa yang dibawa ke Surinam.

Pendatang Jawa beragama Islam dibawa masuk penjajah Belanda ke Surinam pada kurun ke-19 sebagai hamba abdi. – Gambar hiasan

“Rasanya senang mendengar reaksi dari Indonesia terkait diri saya. Saya juga senang sekali mengetahui adanya dukungan dari Banyumas,” kata beliau merujuk kampung halamannya di Kanding mukim Somagede di daerah Banyumas, wilayah Jawa Tengah.

Bekas menteri pendidikan dan pembangunan rakyat dari 2010 sebelum menjadi menteri perdagangan dan industri Surinam sejak 2012 itu mencalonkan diri secara rasmi untuk bertanding jawatan presiden pada pemilihan umum negara itu Mei depan.

Beliau bakal mewakili Parti Pertjaja Luhur atau disebut juga Pandawa Lima Bersaudara yang dipimpinnya bagi mewakili kaum minoriti Jawa berjumlah lebih 80,000 orang atau 14 peratus daripada penduduk Surinam, bekas tanah jajahan Belanda itu.

Sebuah kapal Belanda membawa imigran Jawa tiba di Surinam pada 8 Ogos 1890 dan diiktiraf sebagai hari cuti umum rasmi kebangsaan bagi memperingati peristiwa bersejarah itu. – Gambar hiasan

Sapoen yang fasih bertutur bahasa Jawa dengan keluarganya mendakwa, kehidupan etnik itu tidak berbeza dengan Indonesia, malah ada perayaan khas Hari Jawa setiap 8 Ogos sejak Surinam merdeka pada 1975 bagi memperingati ketibaan mereka ke Surinam.

“Kami juga ada sejumlah tradisi Jawa yang masih dilakukan di Surinam, termasuk tarian kuda kepang dan persembahan wayang kulit, bahkan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha diiktiraf kerajaan Surinam sebagai cuti umum kebangsaan,” jelas beliau.

Biarpun dipisahkan dengan jarak sejauh 18,000 kilometer, sumbangan etnik itu khasnya dalam bidang pertanian dan perladangan sejak kurun ke-19 amat dihormati, selain mereka gigih menyebarkan dakwah Islam kepada penduduk tempatan.

Majoriti penganut Islam di Surinam adalah masyarakat Jawa yang sudah menetap di negara bekas jajahan Belanda itu sejak abad ke-19. – Gambar hiasan

Jika meraih majoriti dua pertiga daripada 51 ahli De Nationale Assemblée atau Parlimen Surinam, beliau presiden ke-10 negara itu, sekali gus orang Asia kedua di dunia selepas Alberto Fujimori dari Jepun pernah dilantik Presiden Peru (1990 – 2000).

Bercakap mengenai makanan, wakil rakyat kawasan Wanica berkeluasan 444 kilometer persegi dan berpenduduk lebih 77,000 orang itu mengakui; masyarakat Jawa Surinam tetap tidak dapat melupakan hidangan tradisi asal keturunan mereka.

“Makanannya tetap sama, tempe, tidak lain daripada yang ada di Indonesia, mesti ada ubi kentang, pisang goreng, mi, soto, pecel, tauhu. Lidahnya tidak lain, tetap lidah orang Indonesia,” ujar Sapoen dengan rasa penuh bangga. – Agensi

Tags: BelandadakwahIndonesiaJawapresiden
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

21/05/2026
0

MELAKA - Seorang pemimpin cabang Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri menegaskan beliau akan kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri...

Universiti Swasta Jadi Rakan Strategik Negara –  PPUSM

Universiti Swasta Jadi Rakan Strategik Negara – PPUSM

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Universiti swasta kini menjadi rakan strategik negara dalam menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi, melahirkan graduan masa hadapan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd