• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

88 Sekolah Di Kelantan, Pahang Terima Bantuan Barangan Elektrik

oleh Ahmad Albab
13/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 88 buah sekolah masing-masing 64 di Kelantan dan 24 di Pahang yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini menerima bantuan berupa barangan elektrik daripada Kumpulan Syarikat Panasonic Malaysia.

Timbalan Pengarah (Sekolah) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Dr Zaharin Zainuddin berkata Kelantan dan Pahang dipilih kerana kedua-dua negeri itu antara yang paling teruk terjejas.

Katanya tumpuan bantuan adalah kepada sekolah-sekolah dan asrama sekolah yang dikategorikan sebagai tahap satu iaitu paling teruk terjejas sehingga memaksa penggunaan jentera berat untuk pembersihan.

“Bantuan ini satu inisiatif baik daripada pihak swasta supaya murid-murid dapat meneruskan pembelajaran dalam suasana yang kondusif dan selesa,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan bantuan pasca banjir Kumpulan Syarikat Panasonic Malaysia di sini, hari ini.

Bantuan terdiri terdiri daripada 120 unit televisyen pintar 42 inci; projektor LCD (88 unit); mesin basuh kapasiti 10 kilogram (127 unit) dan seterika elektrik (940 unit).

Sementara itu, Pengarah Urusan Panasonic Management Malaysia Sdn Bhd Toshiro Okamoto dalam ucapannya berkata syarikat itu berharap menjadi menyumbang secara aktif dan menyokong usaha pembinaan semula, seperti menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pelajar di Kelantan dan Pahang.

“Sumbangan itu adalah sebahagian daripada usaha kemasyarakat Panasonic untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada negeri-negeri yang terjejas di pantai timur,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjirbantuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd