• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Penyokong JDT Ditahan Isu Tifo Berwajah Anjing

oleh Ahmad Albab
03/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) ditahan kerana mempamerkan kain rentang (tifo) seorang pemimpin berwajah anjing dipercayai bertujuan mengaibkan pemimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada perlawanan Piala Sumbangsih 2015 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu Sabtu malam.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kesemua mereka telah ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan polis.

“Apa yang berlaku di stadium semalam adalah sikap segelintir penyokong yang tiada sifat bertanggungjawab, tiada adab, kurang berdisiplin, tidak peka dan tidak sensitif.

“Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri mengakui baginda kecewa dan menganggap isu kain rentang itu adalah satu perbuatan tidak wajar.

“Penyokong yang tidak berpuas hati sepatutnya perlu mendapatkan fakta yang jelas terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hamidin berkata PBNJ telah bertindak cepat dengan mengarahkan marshal yang dibantu dengan pihak polis bagi menangkap penyokong terbabit dalam masa sejam.

“FAM akan mengeluarkan surat pekeliling kepada semua persatuan bola sepak negeri dan kelab supaya memantau kain rentang penyokong masing-masing supaya tidak membawa sepanduk atau apa-apa yang boleh menimbulkan provokasi,” katanya.

Hamidin turut menegaskan FAM bukan persatuan yang dikendalikan oleh seorang individu sahaja tetapi meliputi semua kelab dan persatuan negeri gabungan.

“Ini bermakna semua ahli gabungan di bawah FAM bertanggungjawab dalam hal ini dan semua penyokong di bawah naungan tersebut adalah tidak terkecuali,” katanya.

Pada perlawanan semalam, JDT muncul juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015 dengan mengalahkan juara Piala Malaysia musim lepas, Pahang 2-0. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=ttiCqTlKhH8

Tags: FAMJDT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bola keranjang bakal menjadi projek...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd