• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wasiat RM5.4 Juta Untuk Anjing Kesayangan

oleh Ahmad Albab
21/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Seorang wanita mewasiatkan kekayaannya yang dianggar berjumlah £1 juta (RM5.4 juta) kepada anjing peliharaannya supaya haiwan itu boleh terus hidup dalam kemewahan.

Rose Ann Bolsany yang bekerja sebagai akauntan berbuat demikian kerana terlalu menyayangi anjing baka Maltese terrier itu yang diberi nama Bella Mia.

Anjing yang berusia tiga tahun itu bakal mewarisi harta seperti barang kemas, dana amanah dan rumah percutian.

Rose Ann, 60, menganggap anjing kesayangannya itu ‘hadiah daripada Tuhan’ dan akan memastikan ia sentiasa mewah.

Bella Mia hanya makan filet stik mignon untuk makan malam dan memiliki bilik tidur sendiri yang dipenuhi pakaian anjing.

Rose Ann yang berasal dari Queens, New York, berkata ketiga-tiga anaknya tidak marah dengan tindakannya.

“Anak-anak saya sudah besar dan berjaya. Mereka tidak memerlukan wang saya.

“Kami sudah biasa memberi kehidupan mewah kepada Bella Mia, sebab itu saya mahu memastikan dia mempunyai segala-galanya apabila saya sudah tiada nanti,” kata Rose.

Anjing itu pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang Fesyen Haiwan Kesayangan New York dua tahun berturut-turut.

Sebelum ini, seorang pengusaha hotel New York, Leona Helmsley mewasiatkan hartanya bernilai £8 juta (RM43.3 juta) kepada anjingnya selepas kematiannya pada 2007.

Hakim kemudian terpaksa mengurangkan jumlah itu kepada £1.5 juta (RM 8.1 juta) apabila anjing yang bernama Trouble itu mati empat tahun kemudian. – Agensi

Tags: anjingWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd