• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Kerat Leher 3 Anak Supaya Berhenti Menangis

oleh Ahmad Albab
29/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON (Amerika Syarikat) – Seorang ibu yang ditahan selepas menggelar leher tiga anaknya termasuk sepasang kembar berusia sembilan bulan mendakwa berbuat demikian untuk menghentikan tangisan kanak-kanak berkenaan agar ia tidak mengganggu suaminya.

Christina Booth, 29, berkata, dia mencapai tahap hilang kawalan selepas ketiga-tiga anaknya yang berusia dua tahun dan pasangan kembar berumur enam bulan itu tidak berhenti menangis, sebaik sahaja mereka cuba ditidurkannya.

Booth memberitahu polis, dia kemudiannya turun ke dapur dan mengambil pisau sebelum menggelar leher anak-anaknya itu.

Dia yang mengalami kemurungan selepas bersalin mengaku berbuat demikian kerana suaminya, yang juga seorang anggota tentera, Thomas Booth amat tidak suka apabila anak mereka menangis.

Justeru dengan membunuh kanak-kanak itu, Booth berpendapat ia dapat membuat mereka diam, demi kerana Thomas.

Namun nasib baik kanak-kanak berkenaan dapat diselamatkan selepas Thomas masuk ke bilik tidur mereka dan mendapati isterinya yang memakai seluar dalam dan anak mereka berada dalam keadaan berlumuran darah.

Thomas kemudiannya mengarahkan isterinya menghubungi 911 dan dia juga membalut luka anaknya itu untuk menghentikan pendarahan.

Kanak-kanak berkenaan kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan dan diletakkan di bawah kawalan pusat perlindungan kanak-kanak.

Dalam pada itu, jiran tetangga pasangan itu memberitahu keluarga berkenaan berada dalam keadaan tertekan dan sering bergeseran.

Booth dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $3 juta dolar dan didakwa dengan tiga tuduhan cuba membunuh.

https://www.youtube.com/watch?v=FEiLZ0-o6MU

Tags: kes bunuhWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd