• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: AS Umum Bantuan Tambahan RM3 Juta

oleh Ahmad Albab
16/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bantuan tambahan sebanyak RM3 juta bagi membantu mangsa banjir di kawasan pantai timur Malaysia.

Pejabat Kedutaan AS di Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, bantuan itu berbentuk barangan, program dan teknikal untuk memulihkan semula kawasan yang terjejas akibat banjir.

“Bantuan ini tambahan kepada bantuan sebanyak RM525,000 yang diumumkan pada 2 Januari lalu,” kata kenyataan itu hari ini.

Turut dimaklumkan, bantuan barangan termasuklah khemah dan pembiayaan untuk program air dan pembersihan.

Selain itu, pakar teknikal dari AS juga telah tiba di Malaysia untuk membantu Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pertahanan, manakala Jabatan Pertahanan AS turut meminjamkan jentera kargo kepada tentera Malaysia untuk mengangkut bahan-bahan bantuan.

“Kerajaan AS akan turut memberi bantuan jangka masa panjang untuk Malaysia bagi menghadapi masalah ribut dan banjir,” kata kenyataan itu lagi.

Kedutaan AS di Malaysia memaklumkan syarikat ExxonMobil, Coca-Cola, Mondelez, Pfizer, Johnson & Johnson, TBWA, HP, dan Smart Modular Technologies turut terlibat memberi sumbangan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Banjirbantuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd