• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Harus Bersatu Elak Terpesong

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Umat Islam perlu bersatu mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW bagi mengelak mereka terpesong daripada ajaran sebenar, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata perjuangan Islam masa kini bukan sekadar memantapkan perpaduan, tetapi haruslah berlandaskan ajaran yang betul bagi menepis cabaran yang mampu menggoyahkan akidah umat Islam.

“Ada fahaman yang memesongkan ajaran Islam termasuk membunuh sesama umat menggunakan nama memperjuangkan Islam,” katanya pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Semporna di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ketua Daerah Semporna, Musa Saabani dan bekas guru, Noriah Sahak masing-masing menerima anugerah Maulidur Rasul manakala Abdullah Abdul Wahid, seorang guru, menerima anugerah khas.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Mohd Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna berkata beliau menyokong cadangan Pegawai Daerah Semporna Dr Chacho Bulah untuk menubuhkan sebuah Kompleks Islam di sini.

Tapak tanah untuk membina kompleks yang bakal menambah tarikan pelancong itu akan dikenal pasti untuk dimasukkan dalam kertas cadangan sebelum diserahkan kepada agensi berkaitan. – BERNAMA

Tags: islamShafie Apdal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd