• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Harap JDT Rangkul Piala Sumbangsih, Sabtu Ini

oleh Ahmad Albab
29/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tengku Mahkota Johor (TMJ) menaruh harapan agar pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dapat menumpaskan Pahang pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini, Sabtu ini.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah walaupun skuad Harimau Selatan itu mendominasi perlawanan pada beberapa pertemuan dengan Pahang musim lepas namun nasib banyak memihak kepada skuad Tok Gajah.

“Saya merasakan 2015 adalah tahun yang berbeza bagi kedua-dua pasukan ini. Apa yang jadi pada tahun lalu saya tidak ambil kisah dan tengok apa yang boleh kita (JDT) kecapi pada tahun ini,” titah baginda.

Perlawanan Piala Sumbangsih ini akan membuka lembaran baharu kepada persaingan sihat dan positif antara kedua-dua pasukan ini, titah Tunku Ismail, selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), kepada pemberita di sini hari ini.

“Rekod pertemuan lalu antara JDT dan Pahang bukanlah satu gambaran yang saya ambil sebagai satu masalah. Pahang adalah satu pasukan mantap yang selalu bernasib baik,” titahnya.

Baginda turut mengingatkan penyokong JDT supaya menjaga tingkah laku masing-masing sepanjang perlawanan berlangsung demi nama baik Johor.

Tunku Ismail menegaskan baginda mahu tahun ini menjadi tahun yang baik bagi pasukan JDT dalam segala aspek termasuk program pembangunan, persembahan pasukan serta barisan penyokong.

Dalam pada itu, Penasihat Keselamatan Stadium, Supt Abd Samad Salleh berkata sebanyak 1,000 anggota polis bersama-sama dengan 300 marshal akan ditempatkan di stadium bagi menjaga keselamatan penyokong.

Beliau berkata jika terdapat sebarang insiden, marshal akan membantu dan merujuk kepada polis untuk mengambil tindakan selanjutnya. – BERNAMA

Tags: JDTTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bola keranjang bakal menjadi projek...

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd