• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Tergesa-Gesa Pinda Akta Kanak-Kanak 2001 – Shahrizat

oleh AK-47
26/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berhubung cadangan untuk menjadikan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah dalam rang undang-undang baru yang bakal menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta supaya pihak kerajaan tidak tergesa-gesa dalam membuat keputusan.

(BACA: Jika Diluluskan… Merotan Anak Bakal Jadi Satu Jenayah)

Shahrizat - Jangan Tergesa-Gesa Pinda Akta Kanak-Kanak 2001

“Dalam hal ini, saya harap pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah mengadakan rundingan khusus dengan semua pihak yang berkepentingan seperti Persatuan Ibu Bapa, pakar psikologi, NGO dan pakar-pakar yang berkenaan sebelum keputusan dibuat.

“Saya berpandangan walaupun Malaysia merupakan negara pihak kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), kerajaan tidak perlu tergesa-gesa dalam melaksanakan obligasinya supaya kepentingan terbaik kanak-kanak serta keluarga mereka turut diambil kira, selaras dengan acuan kita sendiri,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, CRC yang diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun 1995, menyatakan bahawa kerajaan perlu mengambil segala langkah perundangan dan pentadbiran sewajarnya untuk melindungi kanak-kanak daripada segala bentuk penganiayaan oleh ibu bapa atau pihak lain yang bertanggungjawab menjaga mereka.

“Namun, Artikel 5 dan 18 CRC turut menyatakan negara pihak menggunakan usaha terbaik untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak, selaras dengan adat tempatan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu diberi ruang untuk mendisiplinkan anak-anak mereka, tetapi tidak sehingga peringkat mendera,” katanya lagi.

Shahrizat turut merujuk kes pasangan Azizul dan Shalwati yang dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sweden kerana merotan sehingga membawa kepada pemisahan sementara dengan anak-anak mereka.

“Ada pihak yang menyatakan bahawa perkara ini mungkin bercanggah dengan Artikel 9 CRC yang menyatakan bahawa kanak-kanak tidak boleh dipisahkan daripada ibu bapanya tanpa kerelaannya,” ujar beliau.

Beliau turut meminta supaya Jabatan Peguam Negara mengadakan satu pertemuan segera dengan semua pihak termasuklah Wanita Barisan Nasional (BN) untuk mendengar penjelasan dan maklum balas mengenai kesan terhadap pindaan undang-undang yang akan dilakukan. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=yJ_5MEwht2g

Tags: anakdalam negaraibu-bapaRang Undang-Undang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ajal Balik Asrama Lepas Beli Makanan, Maut Dirempuh Bas

Next Post

Guru Malaysia Terpilih Antara 50 Finalis Anugerah Guru Global

Related Posts

Bapa Dijel 7 Tahun, Empat Sebatan Lakukan Amang Seksual, Miliki Video Lucah Anak

Bapa Dijel 7 Tahun, Empat Sebatan Lakukan Amang Seksual, Miliki Video Lucah Anak

19/03/2025
0

SEREMBAN - Perbuatan terkutuk seorang bapa yang melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandung perempuan berusia 12 tahun lapan bulan...

Pekebun Disyaki Rogol Anak Sejak 10 Tahun Lalu

Pekebun Disyaki Rogol Anak Sejak 10 Tahun Lalu

23/01/2025
0

TELUK INTAN: Seorang pekebun ditahan di Changkat Jong di sini, semalam, kerana disyaki merogol anak perempuannya sejak 10 tahun lalu.IKUTI...

Next Post

Guru Malaysia Terpilih Antara 50 Finalis Anugerah Guru Global

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd