• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Tak Wajar Sulitkan Projek Kerajaan Pusat – Noh

oleh Ahmad Albab
14/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor diminta tidak mengenakan syarat-syarat tertentu terhadap projek Kerajaan Pusat untuk pembangunan sehingga menyulitkan pelaksanaannya.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS), Datuk Seri Noh Omar, berkata perkara itu berlaku terhadap dua projek Kerajaan Pusat iaitu pembinaan kampus Universiti Kuala Lumpur-Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (UniKL-MIAT) di Subang dan pembinaan bangunan tambahan Maktab Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Kubu Baru, dekat sini.

Noh berkata, projek kampus UniKL-MIAT bernilai RM120 juta itu tidak boleh dilaksanakan berikutan syarat pengambilan tanah masih belum dapat diselesaikan kerana pelaksana projek berkenaan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut dikenakan premium tanah sebanyak RM70 juta yang dilihat terlalu tinggi.

“Projek bangunan tambahan maktab pegawai PDRM juga tidak dapat diselesaikan walaupun telah siap sepenuhnya pada 1 Mei tahun lepas. Sehingga kini, bangunan tambahan itu masih tidak dapat beroperasi sebab kerajaan negeri tidak keluarkan CF (sijil layak menduduki).

“Perkara ini berlaku apabila kerajaan negeri kenakan syarat tambahan pada Oktober lalu yang minta projek itu dibina pula sebuah jambatan sepanjang satu kilometer dari tapak projek bangunan tambahan sedangkan pada syarat asal tidak pula dinyatakan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat MTPNS kali pertama bagi sesi 2015 di sini hari ini.

Noh menyifatkan sikap kerajaan negeri yang dilihat kurang memberi kerjasama itu menyebabkan kedua-dua projek berkenaan mengalami kelewatan tempoh mula beroperasi selain turut menelan belanja tambahan yang tinggi.

Sementara itu, Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor turut menyatakan kerajaan negeri itu tidak perlu menafikan fakta bahawa Kerajaan Pusat banyak menyalurkan peruntukan untuk pembangunan rakyat di Selangor.

Menurutnya, statistik kewangan Kerajaan Pusat dalam Rancangan Malaysia Ke-10 menunjukkan kerajaan negeri Selangor disalurkan peruntukan sebanyak RM10.52 bilion bagi pelaksanaan 825 projek pembangunan negeri.

“Bagi tahun ini pula, Kerajaan Pusat menyalurkan RM4.84 bilion untuk negeri Selangor melibatkan 270 projek pembangunan yang mana ia melebihi peruntukan pembangunan sebanyak RM1.3 bilion yang disediakan kerajaan negeri,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=ve_MK1VGAmA

Tags: Kerajaan SelangorNoh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

16/03/2023
0

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merekodkan RM60.1 bilion pelaburan membabitkan pelbagai sektor termasuk perkilangan dan perkhidmatan sepanjang tahun lalu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd