• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Berhak Gunakan Ruang Siber Secara Selamat

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PHNOM PENH – Selain hak untuk mendapat aliran maklumat yang bebas dan terbuka, rakyat juga berhak dilindungi daripada ancaman akibat penggunaan ruang siber yang tidak bertanggungjawab, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurutnya penyalahgunaan ruang siber dan penyebaran maklumat palsu bukan satu cabaran yang dihadapi oleh Malaysia sahaja tetapi juga kebanyakan negara lain di era ‘hyperconnectivity’.

“Ada kalanya penyalahgunaan yang berlaku di sesebuah negara memberi impak negatif kepada negara lain,” katanya selepas mesyuarat dua hala dengan Menteri Penerangan Kemboja Dr Khieu Kanharith di sini, Isnin.

Ini turut diakui oleh Timbalan Perdana Menteri Kemboja Sor Kheng pada kunjungan hormat Ahmad Shabery ke atas beliau sebelum itu.

Ruang siber Kemboja pernah dijadikan arena oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab termasuk dari negara-negara jiran untuk melakukan jenayah siber.

Ahmad Shabery menjelaskan laporan berhubung penggodaman laman web sebuah syarikat penerbangan hari ini dan sebelum ini, insiden pencerobohan sistem komputer Sony Pictures Entertainment yang mengakibatkan kerugian berjuta-juta dolar menjadi contoh betapa perlunya proses sedia ada dikaji semula.

“Penyebaran maklumat tidak tepat semasa krisis banjir hujung tahun lepas telah menimbulkan ketidaktentuan dan kegelisahan dalam kalangan masyarakat.

“Lebih buruk lagi, jika tidak dibendung, ia boleh membahayakan keselamatan dan nyawa mangsa kerana bantuan dan aset mungkin digerakkan berdasarkan maklumat yang tidak tepat,” katanya.

Beliau berkata dalam hal ini, sebuah kerajaan yang bertanggungjawab tentunya perlu melindungi rakyat daripada ancaman yang timbul akibat penyalahgunaan media siber.

“Kita akan mengkaji langkah-langkah perlu sama ada dari segi perundangan, teknologi, pendidikan mahupun kesedaran yang boleh mengukuhkan lagi tahapb keselamatan ruang siber.

“Keselamatan rakyat dan kemakmuran negara adalah keutamaan kita dalam kita melaksanakan proses tersebut,” kata Ahmad Shabery.

Beliau berada di Phnom Penh untuk mengetuai lawatan sehari ke negara itu yang turut disertai Duta Malaysia ke Kemboja Raszlan Abd Rashid,
Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abu Bakar Ab Rahim, Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abd Rahman, Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) Datuk Adilah Shek Omar dan Pengurus Besar Pertubuhan Beritan Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh. – BERNAMA

Tags: Ahmad Shaberyrakyat Malaysia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa prihatin serta mendoakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd