• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis SPU Ajak Pemilik Pacuan 4×4 Sertai Misi Bantuan Banjir

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Polis Seberang Perai Utara (SPU) mengalu-alukan bantuan kenderaan pacuan empat roda (4×4) milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu bagi membantu menghantar barangan keperluan yang pihaknya telah kumpulkan untuk mangsa banjir di pantai timur.

Ketua Polis Daerah SPU ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata ketika ini pihaknya kekurangan kenderaan pacuan empat roda untuk mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir.

“Kami telah menjalankan kutipan dalam kalangan pegawai dan anggota di Ibu Pejabat Polis SPU dan saya percaya penghantaran bantuan dapat dijalankan secara berperingkat sekiranya kenderaan cukup kerana ketika ini masih banyak lagi barangan yang terkumpul masih belum dihantar,” katanya.

Abdul Rahman berkata pihaknya memfokus untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa yang berada di lokasi terputus hubungan dan beliau juga telah berhubung dengan polis di sana (kawasan terlibat banjir) bagi melancarkan proses pengagihan barang.

“Saya berbesar hati sekiranya ada mana-mana pihak yang sudi untuk menawarkan penggunaan kenderaan mereka bagi membantu melancarkan misi bantuan,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi bantuan kepada mangsa banjir, di sini, Khamis.

Konvoi Projek Jiwa Murni itu disertai 12 anggota yang membawa pelbagai kelengkapan dan makanan yang dikumpulkan termasuk biskut, air mineral, susu, lilin serta pakaian kanak-kanak.

Selasa lepas sebanyak lima buah kenderaan pacuan empat roda turut berkonvoi menerusi program bantuan yang sama.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata 50 pegawai dan anggota polis dari SPU akan dihantar ke kawasan banjir bagi membantu kerja pembersihan sejurus selepas banjir berakhir.

“Kami akan bekerjasama dengan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan bersedia untuk menghantar anggota yang diperlukan bila-bila masa sahaja.

Kami juga komited dan sentiasa bersedia untuk membantu bagi meringankan beban mangsa bencana banjir terutamanya di pantai timur,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjirpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd