Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Pelajar Maut Perjalanan Balik...

AJAL... Seorang pelajar universiti menemui ajal di Jalan Kota Bharu-Machang berhampiran Kem Desa...

Cabul, Seks Luar Tabii...

Melaka : Pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak dan Alor...

Seorang Maut Letupan Bom...

BEBERAPA letupan bom tercetus di sebuah taman rekrasi di Utsunomiya, Jepun mengakibatkan seorang...

Pendakwaan Gagal Cabar Kebolehpercayaan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menolak permohonan pendakwaan untuk mencabar kebolehpercayaan Datuk Seri...

Annuar Musa Terkejut Dengar PMB Rugi RM1 Bilion

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa mengakui terperanjat dengan laporan media mengenai Pelaburan MARA Bhd (PMB) berdepan kerugian atas kertas sehingga RM1 bilion dalam pelaburannya.

Sehubungan itu, beliau berharap Pengerusi PMB, Datuk Sohaimi Shahadan dan Ahli Lembaga syarikat berkenaan membuat penjelasan mengenai dakwaan itu.

“Sesuatu yang memeranjatkan jika benar. Jika tidak maka ia fitnah yang berat dan PMB harus mengambil tindakan undang undang.

“PMB yang di Pengerusikan oleh Sohaimi tentu lebih mengetahui dan akan membuat penjelasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar berkata, Mara sentiasa memberi peringatan termasuk secara bertulis kepada pengurusannya tentang keperluan pengurusan pelaburan dibuat mengikut peraturan ditetapkan.

Justeru, beliau memandang serius dakwaan berkenaan dan telah meminta laporan lengkap oleh PMB dikemukakan kepadanya,


Tambah beliau, Juruaudit Dalam juga diminta membuat laporan berasingan bagi menerangkan hal tersebut.

Namun, tegasnya, jika laporan itu palsu dan berunsur fintah maka PMB diminta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melakukan perbuatan itu.

PMB hari ini menafikan syarikat itu berdepan kerugian atas kertas sehingga RM1 bilion dalam pelaburannya menerusi pegangan majoriti saham secara langsung dalam syarikat senaraian awam dan dana unit amanah yang diuruskan PMB Investment Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMB, Nazim Rahman dipetik, berkata pihaknya mempunyai standard tadbir urus dan pengurusan risiko untuk aktiviti pelaburannya termasuk peruntukan aset strategik yang memberi panduan prinsip untuk mencapai portfolio yang pelbagai dan seimbang. -MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=Tv-zvpMJIEo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori