• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelakon ‘Mahar’ Dalam Laskar Pelangi Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Buat penggemar filem dari Indonesia, Laskar Pelangi merupakan salah satu naskah wajib ditonton kerana karya artistik tersebut padat dengan jalan cerita yang membuai perasaan.

Pastinya, keletah dan kenakalan sepuluh kanak-kanak yang memiliki pelbagai ragam, hobi serta cita-cita dalam filem tersebut menjadi daya penarik yang menguatkan lagi naratif filem tersebut.

Membawa khabar duka, media negara seberang melaporkan salah seorang pelakon kanak-kanak yang membintangi filem berkenaan ditemui meninggal dunia, petang semalam.

00065028

Memegang watak ‘Mahar’ dalam Laskar Pelangi, Verrys Yamarno, 18, yang sedang menuntut di Institut Kesenian Jakarta, menghembuskan nafas terakhirnya di hostel sebelum disedari oleh rakan sebilik.

Menurut salah seorang teman rapatnya, Zulfani Faza, Verrys sempat mengadu mengalami sakit kepala tetapi menolak pelawaan rakannya itu untuk menghantarnya ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

“Verrys mengadu sakit kepala dan tidak menyangka ini yang akan terjadi. Dia mengaku pernah mengalami kemalangan dan sejak itu kepalanya sering sakit,” kata Zulfani.

Menurut siasatan awal, pihak polis tidak menemui unsur penganiayaan terhadap kematian Verrys. Jenazah pelakon itu dibawa ke Hospital Cipto Mangungkusumo, Jakarta untuk dibedah siasat.

laskar-pelangi-7

Dalam filem yang diterbitkan pada tahun 2008 itu, Verrys merupakan salah seorang watak utama yang memiliki kecintaan terhadap seni dan budaya.

Filem yang menerima sambutan hangat dari penonton juga pengkritik filem itu mengisahkan tentang 10 kanak-kanak yang berkawan baik, hidup dalam serba kedaifan dan belajar di Sekolah Rendah Muhammadiyah, Belitung, Indonesia.  – MYNEWSHUB.CC

 

Filem Penuh Laskar Pelangi Yang Dilakonkan Oleh Verrys Yamarno Pada Tahun 2008

https://www.youtube.com/watch?v=lbD0j_eBV8w

Tags: Indonesiakanak-kanakmeninggal duniapelakon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari...

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd