• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyEG: Bayaran RM38 Meliputi Pelbagai Tanggungjawab

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Yuran RM38 yang dikenakan oleh MyEG untuk memperbaharui permit pekerja asing menerusi dalam talian meliputi ‘pelbagai tanggungjawab’ termasuk pengesahan biometrik.

Menerusi kenyataan pada Jumaat, MyEG berkata pembaharuan itu dilaksanakan dengan dua objektif utama.

“Objektif utama adalah untuk mengenal pasti pekerja-pekerja asing yang sah di negara ini dan majikan yang sengaja atau tidak sengaja menggaji pendatang asing tanpa izin (Pati),” katanya.

Objektif lain adalah untuk menyediakan cara yang lebih mudah dan cekap untuk menjalankan proses pembaharuan permit.

“Yuran (meliputi pelbagai) tanggungjawab termasuk untuk menyerahkan permit baharu ke rumah atau pejabat pengguna dengan pengesahan biometrik, ” katanya.

Selain pembaharuan permit, MyEG berkata ia ditugaskan untuk menyusun, mengesahkan, mengekalkan, mengemaskini dan menganalisis pangkalan data pekerja asing di negara ini.

Pangkalan data itu termasuk rekod bagi pekerja yang sah dan menyalahi undang-undang, majikan mereka dan bagi mereka yang mempunyai pekerja asing yang direkodkan atas nama mereka tanpa disedari.

Apabila butir pekerja dan majikan direkodkan dalam pangkalan data MyEG, pengesanan pendatang tanpa izin akan menjadi lebih mudah.

Selain itu MyEG berkata pihaknya akan menanggung kos penghantaran pulang Pati ditahan. – mStar Online

Tags: InsuransMyEG
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gulam Muzaffar Minta Anthony Loke Jelaskan Penggunaan ‘Post-Dated Cheque’ RM231 Juta MYEG

Gulam Muzaffar Minta Anthony Loke Jelaskan Penggunaan ‘Post-Dated Cheque’ RM231 Juta MYEG

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim mempersoalkan penggunaan cek bertarikh kemudian (post-dated cheque) bernilai RM231...

Pemuda BN Desak Anthony Loke Letak Jawatan, Dakwa Skandal MyEG Zetrix AI Ancam Data Peribadi Rakyat

Pemuda BN Desak Anthony Loke Letak Jawatan, Dakwa Skandal MyEG Zetrix AI Ancam Data Peribadi Rakyat

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Barisan Nasional (BN) mendesak Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan susulan isu tunggakan RM314...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd