• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Nahas QZ8501 Diselimuti Bakteria Berbahaya

oleh
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANGKALAN BUN – Usaha membawa keluar baki puluhan mayat dari bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di perairan Selat Karimata dekat wilayah Kalimantan Tengah bukan sahaja berdepan dengan kesukaran bentuk geografi dan cuaca buruk.

Malah lebih ditakuti petugas penyelamat dan pasukan forensik pelbagai negara ialah isu kesihatan diri sendiri selepas mereka mendapati mayat-mayat yang baharu ditemui turut membawa bersama-sama banyak bakteria berbahaya kepada tubuh manusia.

Perkara itu disahkan Pengarah Hospital Daerah Sultan Imanuddin di sini, Suyuti Syamsul ketika ditemui pemberita yang mengakui faktor masa akibat lambat ditemui mungkin menjadi punca kenapa mayat terbabit diselimuti dengan pelbagai bakteria maut.

“Jika manusia terkena bakteria tersebut, dia pasti akan mati kerana ia amat bahaya setelah dijangkiti, perlahan-lahan bakteria itu akan ‘makan’ daging tubuh manusia,” katanya merujuk secara umum sebagai nama saintifik Necrotizing fasciitis.

Suyuti menjelaskan, bakteria itu mampu berpindah kepada perumah baharu menerusi cairan dari mayat dan sebagai langkah berwaspada, semua laluan koridor hospital yang akan dilalui troli pengusung mayat tersebut akan ditutup kepada orang ramai.

Petugas perubatan yang mengusung mayat selain pasukan forensik untuk melakukan kerja-kerja pengecaman identiti mangsa juga wajib memakai pelindung tubuh lengkap dengan jaket, seluar, cermin mata, sarung tangan dan kasut khas kalis cecair.

Selain bakteria maut itu, ada lagi sejenis bakteria lain yang pasti menempel pada mayat iaitu Escherichia coli atau E. coli dan ia memang sudah berada dalam tubuh manusia namun jumlahnya akan naik berjuta-juta sebaik tubuh langsung tidak berfungsi.

E-coli menurut Suyuti, berfungsi membantu tubuh dalam pencernaan di saluran usus kerana jika ia tiada, makanan akan mengambil masa amat lama untuk dihancurkan, manakala tugas lainnya ialah melawan bakteria ‘jahat’ lain yang bersifat parasit.

“Tukang cuci hospital kena siap siaga setiap kali mayat tiba kerana mereka perlu segera cuci cairan kuning pekat yang mengalir ke lantai dari tubuh jenazah, kami bukan hanya risau E. coli biasa, tetapi bakteria lain yang tidak kami tahu,” kata Suyuti. – Agensi

Tags: AirAsiabakteriaIndonesiaMayatQZ8501
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd