• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Rempuhan Di Shanghai Seorang Yang Ceria

oleh Ahmad Albab
04/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Tan Wei, pelajar Malaysia yang terbunuh dalam rempuhan pada malam tahun baharu di Shanghai, digambarkan sebagai seorang yang ceria dan suka membantu orang lain.

Rakan sekelasnya di sekolah tinggi, William Chow berkata di dalam kelas, dia adalah seorang suka ketawa dan menghiburkan.

“Kami menjadi kawan rapat kerana kami peminat artis Taiwan Jay Chou. Kami juga mempunyai hobi yang sama, iaitu lukisan Cina.

“Bukan mudah untuk mencari seorang sahabat yang berkongsi minat yang sama dengan kita,” kata Chow yang merupakan Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di China.

Tan merupakan pelajar sarjana muda dalam bidang pertanian dan alam sekitar di Universiti Zhejiang di Hangzhou manakala Chow sedang mengikuti kursus Perubatan Cina di Universiti Beijing.

Chow berkata kali terakhir bertemu Tan pada Ogos 2013 semasa pulang bercuti di Malaysia.

“Kami telah merancang untuk mengadakan satu perhimpunan dengan rakan-rakan sekelas dan guru-guru dari Hin Hua High School semasa Tahun Baru Cina.

“Kami tak selalu bertemu tetapi sentiasa berhubungan melalui komunikasi mudah alih selama ini, menjadikan hubungan persahabatan terus kekal sepanjang tahun,” katanya.

Kematian Tan menjadi satu tamparan hebat kepada rakan-rakannya di China ketika mereka sedang membuat persediaan untuk peperiksaan akhir.

Chow berkata sekumpulan rakan-rakan sekolah tinggi akan melawat keluarganya di rumah untuk menyampaikan ucapan takziah.

Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai, Mohd Kamil Ab Ghani, berkata pihaknya telah meminta pihak berkuasa Shanghai mengeluarkan sijil kematian secepat mungkin bagi membolehkan keluarga Tan boleh melakukan langkah seterusnya.

Pegawai dari Konsulat Jeneral telah bersama-sama dengan keluarga Tan dan Ooi Hooi Yi, seorang lagi rakyat Malaysia yang cedera dalam rempuhan itu, sejak Khamis.

Tan dan Ooi adalah sepupu. Ooi melawat China untuk bercuti.

Media Cina melaporkan bahawa Presiden China Xi Jinping telah mengarahkan Shanghai untuk menyiasat punca rempuhan itu. – The Star

Tags: maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd