• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lokasi QZ8501 Terhempas ‘Kubur’ Kapal Perang Dunia Ke-2

oleh
05/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Usaha pasukan pencari untuk mengesan bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Laut Jawa bukan sekadar berdepan dengan cabaran cuaca tidak menentu, malah kehadiran banyak ‘objek’ bersejarah terdampar di dasar perairan tersebut.

Kesukaran itu diceritakan seorang pegawai Badan Pencarian dan Penyelamat Nasional (Basarnas), S.B. Supriyadi yang mendedahkan, misi menjejaki pesawat malang tersebut turut dikelirukan dengan penemuan tidak sengaja banyak bangkai kapal perang lama.

“Ia menyebabkan kerja pencarian mungkin ambil masa sedikit kerana pasukan Basarnas pada mula menyangka sudah jumpa bangkai QZ8501 namun selepas diteliti ia bukan pesawat berkenaan tetapi kapal-kapal lama zaman Perang Dunia Kedua,” ujarnya.

Supriyadi berkata, secara kebetulan lokasi pesawat AirAsia Indonesia itu terhempas di Selat Karimata sebenarnya kawasan ‘kubur’ pelbagai kapal milik tentera laut asing yang tenggelam dalam pertempuran hebat ketika era penjajahan British, Belanda dan Jepun.

Ini termasuk antaranya lima buah kapal perang masing-masing dari Amerika Syarikat (AS), Australia, British, Belanda dan Jepun yang dipercayai karam pada 27 Februari 1942 ketika mereka bertarung dan menyaksikan 2,300 kelasi tentera laut terkorban.

Sejarah juga mencatatkan satu lagi rekod pertempuran hebat pernah meletus di perairan Laut Jawa pada 1 Mac 1942 yang mengakibatkan tiga buah kapal perang milik AS dan British selain sebuah kapal pemusnah dari tentera laut Jepun hancur tenggelam.

Pada November 2013 lalu, sekumpulan penyelidik arkeologi Indonesia turut mencipta kejutan apabila menemui sebuah kapal selam milik tentera laut Jerman, U-168 yang dipercayai karam setelah ditembak sebuah kapal selam Belanda sekitar tahun 1944.

Pakar sejarah tentera laut AS bersama-sama penyelam tentera laut Indonesia pada tahun lalu pernah menjumpai banyak bangkai kapal perang lama tahun 1942 termasuk ratusan mayat lengkap dengan berpakaian kelasi di dasar perairan tersebut. – Agensi

DISYORKAN BACA –Solat Ghaib Dilakukan Buat Mangsa QZ8501 Beragama Islam

Tags: AirAsiaAmerika SyarikatAustraliaBritishIndonesiajepunKapalQZ8501
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd