• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairy Jamaluddin Setuju Pelantikan Morten Frost

oleh Ahmad Albab
19/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau bersetuju dengan pelantikan Morten Frost Hansen dari Denmark sebagai Pengarah Teknikal baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana BAM perlu ada pendekatan yang radikal untuk mengembalikan zaman kegemilangan sukan badminton di negara ini.

Katanya beliau yakin dengan kemampuan Morten Frost kerana dia adalah individu yang sesuai untuk jawatan tersebut.

“Saya harap beliau dapat menyusun semula bahagian kejurulatihan BAM. Satu lagi ialah akademi BAM yang sedang dibina oleh Kementerian Belia dan Sukan di Bukit Kiara dan selepas kita ada akademi tersebut, kita akan menggerakkan pula program pembangunan badminton dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

“Jadi, ketiga-tiga perkara ini mestilah kita jayakan… satu, kejurulatihan di bawah Morten Frost, kedua akademi kita dan ketiga, program pembangunan badminton. Semua ini akan saya umumkan secara holistik apabila Morten Frost datang pada bulan Mac nanti,” katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menuai cili projek perintis di bawah Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM) di Kampung Ribu, Rantau dekat sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk R. Saravanan.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar memetik Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff sebagai berkata BAM akan melakukan langkah radikal untuk mengembalikan zaman kegemilangan sukan itu termasuk menjadi antara tiga negara terbaik dunia menjelang 2020.

Bagi mengorak langkah ke arah itu, Tengku Mahaleel berkata mereka akan melaksanakan strategi dan dasar baharu mulai tahun ini.

Khairy berkata, kementeriannya mempunyai sasaran jangka pendek dan panjang untuk sukan badminton.

“Sasaran jangka panjang ialah tiga perkara tadi, manakala sasaran jangka pendek adalah untuk kita pastikan bahawa di kalangan pemain perseorangan lelaki, kita lahirkan pengganti kepada Datuk Lee Chong Wei dan untuk beregu, kita kena pastikan bahawa peluang cerah diberikan kepada pasangan lelaki dan beregu wanita kita. Sebab mereka ini saya letakkan sebagai harapan bukan hanya dalam Sukan SEA, tetapi Sukan Olimpik dan Sukan Asia akan datang,” katanya.

Mengenai kekosongan jawatan pesuruhjaya sukan, Khairy berkata beliau akan umumkan apabila beliau sudah berjumpa calon terbaik.

“Saya telah arahkan timbalan pesuruhjaya sukan untuk menjalankan tugas, jadi tiada masalah. Buat masa ini tidak ada masalah dari segi pentadbiran dan juga kuasa pesuruhjaya sukan kerana kuasa itu telah diturunkan kepada pegawai di pejabat pesuruhjaya sukan,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=doNm11qnw8o

Tags: Khairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd