• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jakim Nilai Kerosakan Masjid Terjejas Banjir

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menghantar kumpulan Prihatin Masjid melibatkan 200 pegawai untuk menilai kerosakan masjid yang terjejas akibat banjir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata usaha itu dijalankan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi menentukan jumlah bantuan yang diperlukan untuk proses pemulihan masjid terbabit.

“Walaupun perkara ini di bawah kuasa majlis-majlis agama setiap negeri, tetapi kami cuba untuk membantu apa yang perlu kerana banjir baru-baru ini sangat besar.

“Ada masjid yang mengalami kerosakan agak teruk, hilang bumbung, kubah runtuh dan sebagainya dan kita tak mahu hanya fokus kepada pembinaan rumah, tetapi masjid terbengkalai,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima sumbangan bantuan banjir daripada Ketua Pegawai Eksekutif Asian Finance Bank Datuk Mohamed Azahari Kamil berjumlah RM107,000 bagi pemulihan masjid-masjid yang terjejas banjir, di sini hari ini.

Jamil Khir berkata sumbangan itu serta beberapa sumbangan lain termasuk dari masjid-masjid Singapura berjumlah RM500,000 serta kutipan di masjid seluruh negara akan turut ditumpukan kepada usaha pemulihan masjid yang rosak akibat banjir.

Sementara itu, beliau berkata MAIWP turut menawarkan perkhidmatan melupuskan al-Quran yang rosak akibat banjir kepada majlis-majlis agama Islam negeri.

“MAIWP mempunyai pusat pelupusan yang sistematik di Karak, Pahang, jadi majlis-majlis agama Islam negeri jika perlu boleh mengumpulkan al-Quran tersebut dan hantar kepada kami atau kami boleh pergi ambil untuk kita lupuskan dengan cara terbaik,” katanya. – BERNAMA

Tags: JakimJamil Khir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan...

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Umat Islam dinasihatkan supaya tidak melihat Yoga semata-mata sebagai aktiviti fizikal kerana amalan berkenaan mempunyai latar belakang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd