• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Beri Kebenaran Juanda Izin QZ8501 Terbang?

oleh
08/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Kemelut jadual penerbangan AirAsia Indonesia makin pelik apabila akhbar berpengaruh Kompas mendedahkan pusat kawalan trafik udara (ATC) Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya telah diberi kelulusan rasmi untuk penerbangan QZ8501.

Berdasarkan transkrip yang bocor kepada media itu, perbualan selama 20 minit pegawai ATC di Juanda yang dirakamkan pada 28 Disember tahun lalu menunjukkan pusat tersebut sudah pun mendapat kebenaran pemerintah untuk perlepasan pesawat berkenaan.

Ia sekali gus berlawanan dengan dakwaan Kementerian Pengangkutan Indonesia pada Sabtu lalu yang melaporkan QZ8501 tidak dibenar terbang pada hari itu sekalipun Singapura meluluskan jadual baharu di bawah perjanjian udara untuk musim sejuk.

Transkrip pada pukul 5.25 pagi (6.25 pagi waktu Malaysia) mendedahkan pesawat AirAsia Indonesia itu sudah mendapat kebenaran berlepas dalam masa 10 minit lagi dan membenarkan ia terus terbang pada ketinggian permulaan 24,000 kaki.

“Wagon Air lapan lima sifar satu yang jelas ke Singapura, Mike enam tiga lima tahap dua empat sifar awal, RAMPY satu Alfa berlepas berkuak nombor tujuh sifar sifar lima,” kata seorang petugas ATC di Juanda berdasarkan transkrip tersebut

Wagon Air 8501 adalah panggilan isyarat untuk penerbangan QZ8501 diikuti masa berlepas 6.35 pagi dari Juanda iaitu mengikut waktu tempat pendaratan di Singapura cepat sejam dan jarak bertolak dari paras laut ketika mula berlepas 24,000 kaki.

Gambar hiasan

Anehnya, Kementerian Pengangkutan Indonesia minggu lalu mendakwa AirAsia tidak dibenarkan untuk meneruskan laluan Surabaya-Singapura hari Ahad tetapi hanya boleh terbang antara dua bandar raya itu pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Singapura kemudian mengeluarkan kenyataan bercanggah dan berkata syarikat penerbangan tambang murah itu diberi kebenaran untuk penerbangan setiap hari semasa musim sejuk di bawah perjanjian udara dua hala.

Akhbar Amerika Syarikat, The Wall Street Journal melaporkan semalam bahawa Indonesia mengarahkan penggantungan pegawai bertugas dan mendakwa mereka menggunakan maklumat tidak tepat ketika memberi kuasa kepada slot berlepas untuk AirAsia.

Berikut ialah sebahagian sedutan transkrip perbualan awal antara ATC di Juanda dengan kokpit pesawat QZ8501:

AWQ8501: Menara, Wagon Air lapan lima sifar satu… selamat pagi…

ATC: Wagon Air 8501 selamat pagi… menara Juanda, teruskan…

AWQ8501: Lapan lima sifar satu… Alpha X-ray Charlie (AXC) tempat letak pesawat… Alpha Niner (A9) destinasi Singapura POB (jumlah penumpang dalam pesawat) satu enam satu, permintaan bertolak dan mula, Wagon Air lapan lima sifar satu…

ATC: Wagon Air lapan lima sifar satu… nombor tempat letak pesawat Alpha Niner tolak semula dan mula diluluskan menuju landasan barat satu sifar, keluar Sierra dua…  – Agensi

Tags: JuandakementerianpesawatQZ8501SingapuraSurabaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd