Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Dari Mentah Sampai Terhidang.....

SETIAP tahun Hari Kesihatan Sedunia disambut secara global pada 7 April. Di Malaysia,...

Mahdzir Ulangi Nasihat Guru...

KUCHING - Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini mengulangi ingatan agar...

Hanya 4 Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR - Hanya empat lebuh raya berhak menerima kenaikan tol pada tahun...

Warga Emas Maut Selepas...

DUA anggota paramedik di Rusia berdepan hukuman penjara selepas seorang pesakit warga emas...

HLIB Saran ‘Beli’ TNB Pada Harga Sasaran RM16

KUALA LUMPUR – Hong Leong Investment Bank Research (HLIB Research) mencadangkan ‘beli’ Tenaga Nasional Bhd (TNB) pada harga sasaran yang lebih tinggi sebanyak RM16.

Mengikut HLIB Research, ia mengekalkan saranan ‘beli lebih’ ke atas sektor tenaga dan menaikkan harga sasaran TNB daripada RM15 kepada RM16, berdasarkan diskaun aliran tunai ke atas penilaian ekuiti selepas penilaian ke hadapan hingga tahun kewangan 2016.

“Kami mengekalkan saranan ‘beli lebih’ ke atas sektor tenaga ketika kerajaan menggerakkan transformasi dan ketelusan industri itu.

“TNB menjadi pilihan utama kami dalam industri ini berikutan ia memperoleh manfaat daripada harga arang batu yang rendah selain usaha kerajaan untuk melihat pelaksanaan rangka kerja ‘Kawal Selia Berasaskan Insentif’ dan ‘Pelepasan Kos Bahan Api’ yang akan memastikan pendapatan dan aliran tunai yang tetap,” kata HLIB Research dalam notanya hari ini.


Firma penyelidikan itu berkata kerajaan sudah menunjukkan komitmennya untuk melindungi kepentingan TNB apabila ia bersetuju membayar pampasan kos dalam pemulihan sebanyak RM848 juta tahun lalu.

HLIB Research turut mengekalkan saranan ‘simpan” ke atas YTL Power International Bhd dengan harga yang tidak berubah pada RM1.44, berdasarkan unjuran tidak menentu berikutan penamatan perjanjian pembelian tenaga domestik, dan penguncupan berterusan margin Singapore Seraya Power dan berkemungkinan bagi United Kingdom Wessex Water. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori