Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

Bekalan Bahan Makanan Cukup...

LABUAN - Semua langkah yang sepatutnya telah diambil bagi memastikan tidak berlaku kekurangan...

MUDA Nafi Sumbangan Banjir...

PETALING JAYA : Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul...

Dana Negara Hilang RM30...

AWAL Jun lalu, rakyat gempar apabila agensi berita rasmi Bernama 'ceria' melaporkan kroni...

Rakyat Palestin Sujud Syukur,...

GAZA - Rakyat Palestin melakukan sujud syukur di Masjid al-Aqsa dan gema takbir...

Gerakan Media Marah Kritik Akhbar Harakah

KUALA LUMPUR – Gerakan Media Marah (Geramm) mengkritik pengurusan akhbar milik parti pembangkang Harakah kerana meminta Ketua Pengarangnya, Ahmad Lutfi Othman meletak jawatan.

Geramm dalam satu kenyataan media menegaskan, badan bukan kerajaan (NGO) itu bimbang isu permintaan supaya meletak jawatan bukan atas faktor kesihatan sebaliknya mempunyai unsur lain.

“Ini kerana permintaan itu dibuat tidak lama selepas penamatan dua lagi kakitangan akhbar itu, Tarmizi Mohd Jam dan Roslan Hamid selain berakhirnya kolum tulisan Dinsman.

“Kalau tiada angin bertiup, takkan pokok bergoyang,” tegas kenyataan itu hari ini.

Geramm turut khuatir wujud unsur penindasan terhadap mereka yang dipecat itu melalui tekanan politik dalaman tetapi berselindung atas alasan kesihatan.

Tegas kenyataan itu, walaupun Harakah akhbar kepartian tetapi kebajikan kakitangan perlu dipelihara sebaik-baiknya oleh mana-mana syarikat media.

“Nilai kebebasan media perlu diangkat tidak hanya melukut di tepi gantang.

“Apatah lagi ia membabitkan pemilikpenerbitan yang melaungkan kebebasan bersuara,” ujar kenyataan itu. - MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=SAmwg7PdwM4

Kategori

Leave a Reply