• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji Pemain Mahal Tapi Pasukan Tak Ke Mana.. Ibarat ‘Syok Sendiri’

oleh Ahmad Albab
01/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ada sesuatu tidak kena dengan sukan bola sepak tanah air jika gaji pemain Liga Malaysia setanding dengan gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tetapi pasukan negara tidak mencapai prestasi hebat.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, situasi itu hanya menyebabkan bola sepak Malaysia ibarat `syok sendiri’ kerana memberi nilai terlalu tinggi terhadap liga tempatan yang gagal di peringkat antarabangsa.

“Saya harap kita tidak hanya melihat kepada penonton yang semakin bertambah atau nilai komersial semata-mata. Akhirnya, hasil yang kita nak tengok dari segala kemajuan liga tempatan adalah prestasi pasukan kebangsaan.

“Kalau liga kita semakin popular, penonton bertambah ramai, gaji pemain setanding dengan CEO tapi pasukan Harimau kebangsaan masih tak ke mana, maka ada sesuatu tidak kena. Kalau begitu keadaannya kita hanya syok sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Khairy dalam pada itu mengakui berbangga dengan perkembangan Liga Malaysia sejak beberapa tahun lalu yang menyaksikan jumlah penonton kadang-kala lebih ramai daripada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Katanya, stadium bola sepak di seluruh negara mula dibanjiri penyokong masing-masing dengan identiti tersendiri sekaligus memberi kesan baik dalam aspek komersial.

“Baru-baru ini FAM berjaya menjual hak penyiaran Liga Malaysia pada jumlah hampir RM 1.3 bilion selama 15 tahun. Syabas dan tahniah kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Zaman saya jadi Timbalan Presiden FAM, RTM hanya bayar FAM RM6 juta untuk hak yang sama. Ini bermakna, liga tempatan sekarang sangat berdaya maju secara komersial,” katanya.

Sehubungan itu, Khairy melahirkan keyakinan Liga Malaysia akan terus maju dibawah pimpinan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd