• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagasan Saran 3 Perkara Kepada Kem. Pendidikan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) mencadangkan tiga perkara untuk perhatian Kementerian Pendidikan termasuk dari segi kesihatan pelajar susulan bencana banjir baru-baru ini.

Presidennya Syed Anuar Syed Mohamad berkata penutup mulut/hidung perlu dibekalkan kepada pelajar sekolah di negeri-negeri terjejas bagi mengelak mereka terkena penyakit akibat debu lumpur pasca banjir.

Beliau berkata sararan kedua ialah kementerian perlu menggerakkan program motivasi menggunakan khidmat kaunselor bagi memulihkan semula semangat pelajar khususnya mereka yang bakal menempuh peperiksaan awam.

“Ini kerana pelajar terlibat sudah tentu mengalami trauma, bukan sahaja berdepan dengan pengalaman sukar sehingga mengancam nyawa malah turut kehilangan barangan persekolahan termasuk pakaian seragam,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Syed Anuar berkata, pihaknya bersedia menawarkan khidmat dan program motivasi untuk pelajar terlibat banjir sekiranya diperlukan.

Katanya saranan ketiga adalah kementerian perlu menggantikan perabot termasuk kerusi dan meja pelajar yang rosak dalam banjir dengan produk lebih berkualiti tinggi yang berdaya tahan walaupun terendam lama dalam air.

Langkah itu akan dapat menjimatkan kos kerajaan kerana kerusi dan meja rosak setiap kali sekolah dilanda banjir, katanya. – BERNAMA

Tags: NGOPendidikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Berat Badan DAK Naik Bukan Bukti Kebajikan Tiga Gajah Malaysia Terjamin – NGO

Berat Badan DAK Naik Bukan Bukti Kebajikan Tiga Gajah Malaysia Terjamin – NGO

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ihsan Haiwan Malaysia (Shelter Ihsan) menegaskan peningkatan berat badan tiga gajah Malaysia, Dara, Amoi dan Kelat...

Kedudukan Sosioekonomi Masyarakat India Terhakis – Charles Santiago

Kedudukan Sosioekonomi Masyarakat India Terhakis – Charles Santiago

21/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago membangkitkan kebimbangan mengenai kedudukan sosioekonomi masyarakat India di negara ini yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd